Bagi penggambaraan pokok tin kali ini saya ingin membawa anda semua ke negara Turkey. Turkey ialah negara pengeluar yang tertinggi didunia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh UN Food & Agriculture Organisation (FAO), jumlah pengeluaran dari Turkey pada tahun 2012 ialah 274,535 tan.
Dari Pn. Halimaton Ibrahim yang sentiasa berulang alik ke Laut Hitam (Black Sea), Turkey
Ini adalah gambar aktiviti memetik buah tin kampong di ladang/kebun kepunyaan keluarga suami Halimaton di Duzce, Laut Hitam (Summer 2013). Ni variety yang biasa diusahakan di wilayah ini. Pokok ni ditanam di sekitar ladang hazelnut, untuk makan sendiri bukan untuk komersial.
Warna macam buah manggis
Variety yang biasa diusahakan di sekitar kampong,
di Duzce, Black Sea
Biras Pn. Halimaton sedang memetik buah tin
yangg] sudah masak ranum. Lazim ia ranum
bulan September
Musim bunga.. kehidupan bermula semula
Depan rumah mertua Pn. Halimaton dimusim sejuk
(masa untuk tidur)
Buah tin segar yang dimuatkan dengan
hazel nut dan disira dengan air gula
ialah dessert kegemaran orang Turkey
Lempeng dimakan dengan
jem buah tin
Dari Sdr. Daham Daud yang berada di Instanbul minggu lepas
Mengikut Sdr. Daham, buah yang terdapat dikedai buah-buahan di Istanbul adalah agak besar dan manis. Harga jualan ialah dalam lingkungan RM15/kg
Mengikut Sdr. Daham 3 biji yang terbesar dengan harga 3 turki lire (Lebihkurang RM1.50/biji). Buahnya sangat sedap. Varieti tak pasti
Harga buah tin di Istambul TL 9.00/kg
(lebih kurang RM15.00/kg)
Buah tin segar dari Turkey di pasaran tempatan (Sdr. Mohd Gnola Syahir)
Buah tin Turkey di pasaran tempatan...
Buah tin dari negara Turkey boleh
didapati Jusco Alma Penang
Harga ialah RM15.50 untuk 4 biji
Seronok mmbaca pngalaman tn musa......sy br blik dr turku ttp x prog berkaitan pertanian esp pkk tin.
BalasPadamBgmn yer nak mndptkn mlancong ke turki dgn akt pnanaman pokok tin..... Truja sgt2
BalasPadamDiharap tn dpt mmberi tips mlancong ke turki dgn akt pnanaman pokok tin dll.....tk😊