Walau bagaimanapun dengan sedikit inovasi, masalah bunjut tut dimasuki air hujan boleh diatasi. Bersama ini saya kongsikan apa yang diamalkan oleh C'fah Glider dalam usaha untuk memastikan bunjut tut tidak dimasuki air. Apa yang beliau buat ialah dengan cara membungkus bunjut tut yang telah dibuat dengan menggunakan plastik pembungkus yang biasa digunakan untuk membalut bungkusan (parcel). Materialnya ialah hampir sama dengan plastik pembungkus makanan. Walau bagaimanapun lebar plastik tersebut adalah dalam 4" sahaja.
Bahan plastik ini agak murah. Satu roll yang berharga RM6.00 boleh membungkus sehingga 500 tut.
Membungkus tut yang tumbuh bersudut
Membungkus tut bagi cabang yang tumbuh
menegak
Membungkus tut bertingkat
Roll plastik pembungkus
yang digunakan untuk membalut tut
SELAMAT MENCUBA....
Comments