Seperti mana dengan spesis-spesis lain dari genus Ficus, pokok tin juga akan mengeluarkan getah (cecair puteh) sama ada dari daun, batang atau buah apabila dicederakan. Tidak seperti getah dari pokok genus Ficus lain seperti mas cotek (Ficus deltoidea), getah daripada pokok tin boleh mencederakan kulit dan boleh meninggalkan kesan parut yang agak lama jika tidak dibersih dengan segera. Disini saya hendak kongsi kaedah persediaan yang boleh diamalkan semasa menggendalikan pokok tin anda.
Kesan terkena getah pada kulit
Kesan getah pada kulit tangan
Sel tempat terkena getah akan mati
dan menggelupas selepas beberap hari
Tempat terkena akan menjadi
lebam dan berwarna lebih gelap
Juga ingin diingatkan tepi daun adalah agak tajam dan boleh
menyebabkan kulit terguris dan akan menyebabkan gatal sehingga berhari.
Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, bulu2 yang terdapat
pada daun itu sendiri boleh menyebabkan gatal-gatal yang serius
Usaha untuk mengurangkan kulit terkena getah
Guna pakaian yang sesuai untuk
melindungi kulit tangan
Baju lengan panjang bersama dengan
sarung tangan
Pakai baju hujan
Alat pemangkasan telescopic
(panjang pemegang sehingga 3 m)
Guna peralatan pemangkasan telescopic
Comments