Pada posting ini saya sekali lagi ingin berkongsi kaedah mudah pembiakan bahan tanaman pokok tin. Untuk makluman, info ini saya petik dari penyertaan Sdr. Fizul P-joe di Pertandingan INOVASI yang dianjurkan oleh Grup Fb Tin Oh Tin tidak lama dulu. Teknik ini diberi nama Teknik Tut Kelar & Jerut. Ikutilah langkah-langkah yang dipaparkan bergambar disini. Terima kasih saya ucapkan kepada Fizul P-joe
1) Pilih batang yang matang - Ranting matang warna coklat.
Kelar keliling ranting pokok tin yang hendak
di tut seluas 2-3 cm.
Kelar keliling ranting pokok tin yang hendak
di tut seluas 2-3 cm.
2) Lilit/jerut dawai di tempat yang di kelar.
Cable tie boleh juga digunakan mengantikan dawai
Cable tie boleh juga digunakan mengantikan dawai
3. Medium tut digunakan - peatmoss+ hirisan daun ketapang.
Daun ketapang kena rendam 2-3 hari dulu sebelum
dihiris kecil2 dan di campur dengan peatmoss. Lembabkan medium
Daun ketapang kena rendam 2-3 hari dulu sebelum
dihiris kecil2 dan di campur dengan peatmoss. Lembabkan medium
dengan air rendaman daun ketapang.
Setelah semggu akar sudah mula kelihatan.
Setelah semggu akar sudah mula kelihatan.
4. Medium tut saya bungkus dengan aluminium foil dengan
tujuan tujuan untuk mengelakkan medium tut cepat kering.
Akar pula cepat tumbuh kalau kita bungkus dengan aluminium
foil itu kerana ianya gelap.
5. Setelah 3 minggu akar sudah penuh...
6. Anak tut yang sudah dipotong dan sedia
untuk ditanam dalam polybag
Rujukan
Catatan:
Saya akan poskan satu persatu inovasi yang telah terhasil daripada Pertandingan INOVASI yang dianjurkan oleh Grup Fb Tin Oh itu...
berapa lama perlu tunggu untuk akar tumbuh?
BalasPadam