Pembiakan makro pula terbahagi kepada dua iaitu pembiakan keratan ranting keras (hard wood cutting) dan pembiakan ranting lembut (soft wood cuttings). Kebanyakkan teknik yang dikongsi oleh pengusaha pokok tin sebelum ini ialah pembiakan dengan menggunakan ranting keras. Pada kali ini saya ingin berkongsi satu teknik pembiakan ranting lembut yang telah dicuba oleh Tn. Azlan Abdullah. Teknik ini menggunakan pucuk muda. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Azlan Abdullah
1. Sediakan jug air, sebaik-baiknya yang
besar. (dalam 4.5 liter isipadu)
2. Tebuk beberapa lubang di sekeliling jug
berkenaan, kira-kira 1 inci dari bawah.
3. Masukkan media ke dalam jug. Dalam percubaan
ini, volcanic soil digunakan sebagai media.
Sebaiknya guna media yang bukan organik.
4. Siram media itu dengan air tanpa klorin sehingga
keseluruhan media itubasah dan air keluar dari
lubang-lubang yang telah ditebuk tadi. Biarkan
baki air sehingga paras lubang yang ditebuk.
5. Sunatkan pucuk tin yang telah dipilih lebih awal.
Seeloknya panjangkan sedikit supaya senang untuk
ditanam ke dalam media. Kemudian terus tanam.
6. Buka sedikit lubang penutup
jug untuk tujuan pengudaraan.
7. Letakkan jug itu di tempat yang tidak kena cahaya
matahari secara langsung. Bilik mandi mungkin
pilihan yang baik. Biarkan di situ selama 2-3
minggu supaya akar bercambah dengan baik.
8. Keluarkan benih berkenaan dari jug dan pindahkan
ke dalam pasu kecil atau polybag yang telah diisi
media baru. Dalam perubaan ini media Green Mary
6-in-1 digunakan. Siram dengan air tanpa klorin.
9. Terus letakkan di dalam bilik mandi atau tempat
yang tidak kena cahaya matahari secara langsung.
Bila perlu siram air guna sprayer supaya air tidak
berlebihan dan akar tidak terendam.
9. Pantau tumbesaran benih berkenaan.
Jika pucuk baru keluar satu persatu
dan membesar, itu petanda yang baik.
10. Petanda baik apabila pucuk baru
Comments