Lalat Buah - (Oriental fruit fly / Bactocera dorsalis)
Oriental fruit fly, Bactocera dorsalis adalah perosak merbahaya bagi kebanyakan buah buahan termasuk pokok tin. Pada buah tin, ibu dewasa akan bertelur pada di ostiole (lubang pada syconium) pada peringkat buah mula bertukar warna sebelum matang sepenuhnya. Telur yang tinggalkan akan menetas dan larva yang terhasil akan membiak didalam buah. Ini akan menyebabkan buah menjadi buruk.
Kawalan juga boleh dibuat adalah dengan memasang perangka Methyl Eugenol. ME memikat lalat buah jantan sahaja.
Ketahanan varieti terhadap perosak ini adalah berbeza bergantung kepada sifat kulit buahnya. Antara varieti yang laporkan tahan ialah ALMA. Alma mempunyai ketebalan kulit yang jelas berbeza dengan varieti lain.
Comments