Pemasangan Plastik peneduh
Struktur dibuat dengan menggunakan
besi hollow / welding
Pemasangan netting pada dinding
Maklumat sistem
Sistem ini dibuat daripada struktur besi hollow dan di pateri antara satu sama lain. Atap dipasang dengan plastik tapi UV. Struktur seharusnya kalis serangga & perosak lain kerana ianya ditutupi oleh kain netting kalis serangga.
Struktur & kos
Luas struktur ini ialah 20' x 20' dengan anggaran kos ialah RM3,000. Ini termasuk sistem fertigasi bersama timer untuk mengawal skedul pemberian baja dan pengairan. Harga ini tidak termasuk kos pemasangan.
Catatan:
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr. Yusien Jayap yang telah berkongsi maklumat ini.
Comments