Buah tin yang disapu minyak zaiton
Laporan ini ialah keputusan kajian kesan jenis minyak dan masa rawatan (oleification) bagi mempercepatkan proses kematangan buah tin. Dalam kajian ini tanaman breba varieti Masui Dauphine (MD) telah digunakan.
Keputusan kajian
1. Oleification hendaklah dibuat pada masa tertentu sahaja. Masa yang terbaik ialah apabila buah telah mencapai 3.4 cm lebar iaitu pada peringkat akhir pertumbuhan kedua (Fasa II pembesaran). Pada masa itu, warna buah mula bertukar dari kehijauan ke kekuningan dan mata mula membengkak. Warna mata dan fruitlets bertukar dari merah jambu ke merah.
2. Rawatan minyak sayur pada mata buah tin telah terbuki mempercepatkan kematangan buah. Dalam masa 1-2 hari sahaja selepas rawatan, buah mula membesar dan dalam masa 6 hari sahaja buah bertukar warna sepenuhnya kepada warna buah matang berbanding dengan terus hijau bagi buah yang tidak menerima rawatan. Buah yang dirawat adalah setanding dari segi saiz, kandungan gula dan asid berbanding dengan buah yang dibiarkan masak secara semula jadi.
3. Penggunaan minyak haiwan adalah tidak sebaik minyak sayur-sayuran. Buah tin yang dirawat dengan minyak haiwan hanya matang selepas 8 hari.
4. Penggunaan minyak mineral adalah tidak konsisten dan lebih inferior berbanding dengan minyak sayur atau minyak haiwan.
KESAN SAPUAN MINYAK ZAITON SEPERTI APA YANG
KONGSI OLEH Sdr. Harris Zahari
Minyak zaiton yang digunakan
Kesan pada hari pertama
Kesan pada hari kedua
Kesan pada hari ketiga
Satu cerita berkenaan minyak zaitun & kematangan buah dari pengalaman - Pn. Rafidah Haji Yusof |
Nak cerita satu pengalaman yang belum pernah diceritakan kpd
sesiapa pun bab olive oil & figs ni ...
Alkisahnya pada tahun 2014 ..... rasa teruja sangat melihat buah BT yg lebat berbanding dgn varieti2 lain yang ditanam pada waktu itu .... terperasanlah dengan tuan Malik Yusof yang duk sapu olive oil kat buah figsnya ... so kita pun tuang sikit di hujung jari sapu buah BT yg agak matang .... tengok di jari masih ada baki olive oil yang meleleh .... apa lagi kasi sapu laa baki buah2 yang ada atas pokok tu ...
Selepas beberapa waktu
.... masa ni sudah terlupa pun bab sapu olive oil pada baki buah2 BT tu ...
saya kehairanan kenapa buah2 itu bertukar warna lalu gugur satu2 ....
mungkinkah kerana saya letak terlebih baja pada musim panaskah .... BT kali
ini dah la tawar kecik2 pula ....
Lama jugalah saya duk
fikir2 kenapa buah2 BT saya masak & gugur lebih kurang waktu yang sama
sekali gus .... sampai saya teringat yang saya pernah lumur olive oil pada
buah2 itu sebelum ini .... insaf juga la selepas itu .... hahaha bak anjing
dgn bayang2nya .... Aduuusss ...
Dato/datin, tuan/puan,
figgers sekalian .... moral of the story .... kalau bab FIGs ni SEMUA perkara
kita kena bersabar hehehe termasuklah membaca cerita saya ini .... nak mohon
MAAF awal2 yeee tapi cerita saya ini memang kisah benar ...
Sapulah minyak zaitun
pada buah yang sudah matang SAJA ... jgn jdi tamak haloba mcm saya sapu
buah2 yang tak matang juga kerana sayangkan minyak yang berlebihan di jari
....
|
Minta pencerahan tentang ukuran 34cm @ 3.4cm pd.no 1 diatas..
BalasPadamTerima kasih tuan... yang betul ialah 3.4 cm... akan dibaiki..
BalasPadam