Buah tin kering (Sumber Gambar)
Pokok ini berasal dari negara Timur Tengah dan Asia Barat dan ditanam secara komersial dinegara-negara seperti Turkey, Mesir, Algeria, Morocco dan lain-lain. Selain dari negara-negara timur tengah dan Asia barat, pokok tin juga banyak diusakan secara komersial di Amerika Syarikat, Brazil, China dan Jepun. Tanaman ini kemudian merebak ke negara-negara beriklim temperate seperti Amerika, Brazil, Jepun, China, Perancis, Portugal, Itali, Austria, Sepanyol dan negara-negara Eropah lain. Tanaman ini ditanam dinegara-negara tersebut sama ada untuk buahnya atau sebagai pokok hiasan.
Pengeluaran dunia buah tin (2012)
Sumber : Wikipaedia
Pengeluaran dunia buah tin
Sepuluh pengeluar buah tin utama pada masa ini ialah seperti di jadual diatas. Turkey ialah negara pengeluar terbesar dengan pengeluaran melebihi 274,000 tan setahun dan diikuti dengan Mesir, Algeria dan Morocco. Amerika Syarikat dan Brazil adalah antara negara bukan dari Timur Tengah / Asia Barat yang termasuk dalam 10 negara pengeluar tin utama.
Kebanyakkan pengeluaran dunia ialah terdiri dari jenis yang kering kerana jenis ini mudah dikendalikan terutama sekali untuk pasaran eksport. Berbading dengan jenis kering, pengeluaran buah jenis makan segar adalah amat terhad kerana buah segar tidak boleh disimpan lama tanpa menjejaskan kualitinya.

Comments