Akhir akhir ini kita dapati banyak sangat kes-kes kematian anak benih sama ada anak keratan batang atau anak tut setelah beberapa hari / minggu dipindah ke bekas tanaman yang lebih besar sama ada polybag atau pasu. Mengikut tuan Marzuki Safiee, kemungkinan besar adalah disebabkan oleh perbezaan sifat antara media tut dan media tanaman / semaian. Perbezaan ini menyebabkan perbezaan kadar serapan dan pegangan air dan membentuk seolah-olah takungan air pada media tut tadi. Terbentuknya takungan air ini mungkin disebabkan media tut seperti peatmoss menjadi mampat dan menjejas saliran dalam media tersebut. Sehubungan dengan itu, media tut seharusnya dibuang dahulu sebelum dipindah ke dalam polybag atau pasu semaian / tanaman.
Disini saya kongsikan kaedah pemindahan anak tut tersebut sebagaimana yang diamalkan oleh tuan Marzuki Safiee
![]() |
Media tut dan media semaian dikeluarkan dan direndam dalam air |
![]() |
Rendaman ini akan memudahkan mengasingkan media dari kawasan akar kerana ianya menjadi lembut dan mudah terhurai |
Anak tut yang akarnya telah
dibersihkan
Media tanaman (campuran cocopeat
& vermiculite) direndam
dalam oligochitosan
Masukkan media separuh penuh
ke dalam polybag
Anak benih yang akarnya telah
dibersihkan direndam dalam
oligochitosan selama 10-30 minit
Anak benih dimasukkan
kedalam polybag
Masukkan media ke dalam
polybag sehingga penuh
Tekan secara sederhana (jangan
terlalu kuat) agar mapat
Anak benih yang telah siap
ditempat teduh untuk proses
pemulihan
Catatan :
1. Pastikan semua aktiviti pengasingan media tut dan pemindahan anak benih ke polybag dibuat dengan berhati agar tiada kecederaan berlaku pada akar.2. Aktiviti pemindahan anak tut terbaik dilakukan pada sebelah petang bagi mengurang kesan kesan kejutan pemindahan (transplanting shock) akibat panas tengah hari yang berterusan sehingga petang.
Sumber : Posting di wall FB Tuan Marzuki Safiee
Comments