Banjir pada tahun 2014 adalah amat perit sekali bagi ramai penduduk pantai timur sekali negeri Kelantan, Terengganu dan juga beberapa tempat di Pahang. Banyak barangan berharga seperti ternakan, kenderaan, rumah dan harta benda lain turut termusnah... Walau apa pun, daya usaha harus dibuat agar barangan yang berharga disisi seseorang itu terus diselamatkan.
Air sudah sampai ke tahap bumbung
Pokok tin bersama-sama dengan tanaman
kegemaran lain diselamatkan
Ini mengambarkan beliau telah membuat persediaan yang begitu rapi demi pokok tin yang disayangi beliau seperti kata perpatah "Sediakan payung / khemah sebelum hujan & Sediakan rakit sebelum air bah".
Adalah diharap pokok-pokok tin beliau terus hidup subur selepas mengharungi musim banjir pada tahun 2014 dengan jayanya...
TIGA MINGGU KEMUDIAN.... semuanya selamat
Air sedang surut..
Alhamdulillah pokok tin selamat..
Comments