Musa Yaacob - Pengasas Blog Tin Oh Tin

Musa Yaacob

Musa Yaacob mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dari Univeriti Putra Malaysia dan Izajah Sarjana Sains Pertanian dari Massey University, Palmerston North, New Zealand.  Mula bekerja di MARDI Bachok pada tahun 1977 sebagai pegawai penyelidik (biakbakaan tanaman).  Tumpuan penyelidikan beliau ialah penyelidikan dalam teknologi pengeluaran tumbuhan ubatan terpilih seperti mas cotek (Ficus deltoidea), tongkat ali, hempedu bumi dokong anak dan lain-lain.

Penemuan penyelidikan yang telah dihasilkan diterbitkan dalam beberapa buku, manual penanaman, jurnal dan majalah didalam dan luar negara. Mula bersara sebagai kakitangan kerajaan pada tahun 2011.  Jawatan akhir beliau ialah Timb. Pengarah di Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri, Ibu Pejabat MARDI Serdang.

Semasa di MARDI beliau banyak terlibat dengan pengendalian kursus-kursus dan projek perundingan yang berkaitan dengan teknologi pengeluaran tumbuhan ubatan.  Pada masa ini beliau bersama dengan RZ Jaya Consultancy memberi khidmat perundingan yang berkaitan dengan teknologi pengeluaran herba.

Mula mengusahakan tanaman pokok tin (Ficus carica) sebagai hobi pada tahun 2014.  Dalam proses pembelajaran berkenaan dengan pokok ini, beliau merekod semua apa yang beliau pelajari dalam blog Tin Oh Tin ini demi bagi memudahkan untuk rujukan semua yang berminat berkenaan dengan pokok tin ini.


  1. assalamualikum. nak bertanya, adakah tuan masih mengusahakan tanaman buah tin ini?

    BalasPadam

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter