28 Jul 2016

Produk Hasilan Buah Tin - HALWA

Oleh Tuan   ~

Cara nak buat halwa dari buah tin muda dari perkongsian Amanda Putri's Garden. Terima kasih Armanda Putri...






Berkongsi cara-cara membuat halwa buah tin.

Bahan:
1 kilo buah tin muda
1 kilo gula
1.5 liter air
1 biji lemon ( parut kulit dan ambil jusnya)
Bunga cengkih,buah pelaga,bunga lawang dan kulit kayu manis
Ais/air sejuk secukupnya
Air kapur

Cara-caranya:
1. Sediakan buah tin.Potong tampuk dan cucuk bahagian tengah hingga ke dasarnya. Guna cungkil gigi pun boleh.
2. Cuci bersih.
3. Rendam dgn air kapur semalaman.
4. Cuci semula hingga bersih.
5. Rebus dlm periuk selama 15 min.
6. Toskan
7. Rendam dlm air sejuk(peti sejuk) Cuci dan rebus semula 15 min lagi dan ulang sehingga 3 kali.
8. Masak air gula dgn 1.5 liter air kemudian masukkan buah yg telah direbus dan ditoskan ke dlm air gula tersebut. Jerang selama 20 min. Tutup api dan biarkan 12 jam dlm air gula tersebut.
9. Toskan, asingkan buah dari air gula.
10. Masukkan parutan lemon, bunga cengkih lawang dan kulit kayu manis ke dlm air gula dan jerangkan. Bila hampir likat, masukkan jus lemon.
11. Buah yg ditoskan tadi di simpan di dlm botol.
12. Masukkan air gula yg telah dimasak tadi kedlm botol.
13. Tutup biar kedap udara. Simpan. Nak sedap masuk peti sejuk. Boleh dimakan selepas seminggu. Sedap dimakan bersama ais krim...

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter