24 Jun 2016

Chitosan Dalam Pertanian

Oleh Tuan   ~


Apa itu chitosan:

Chitosan adalah sejenis polysaccharide (atau dengan kata mudah gula) yang terdiri daripada D-glucosamine (deacetylated unit) dan N-acetyl-D-glucosamine (acetylated unit). Ianya dihasilkan dengan merawat kulit udang atau kulit crustacean lain seperti ketam dengan sejenis bahan berakali seperti sodium hydroxide.

Fungsi dalam pertanian:

Bahan ini banyak gunanya dalam pertanian kerana kerana ianya telah terbukti boleh melawan kesan jangkitan mikroorganisam seperti kulat (fungus), bakteria, virus dan musuh perosak lain. Ianya dilaporkan boleh mengalakkan pertumbuhan tanaman. Sehubungan dengan itu, dalam pertanian ianya banyak digunakan sebagai
1. Bahan untuk rawatan biji benih
2. Bahan penggalak pertumbuhan
3. Bahan racun perosak biologi (biopesticides) terutama sekali nematod
4. Bahan untuk mencegah serangan fungus, bakteria dan virus.





Cara penggunaan:

1. Untuk menyiram anak pokok yang baru ditanam (bersama B1)
2. Melembabkan bonjot tut sebelum ditanam (bersama B1)
3. Rawatan biji benih sebelum disemai (bersama B1)
4. Disiram pada media secara berkala utk mencegah nematod & perosak tanaman lain
5. Disembur pada daun, batang dan media untuk mencegah jangkitan kulat, karat daun dan perosak
6. Disiram pada media bagi pokok yang sedang tidur (dormant) bersama dengan B1.

Cadangan kepekatan :

2-3 ml setiap liter air yang bebas klorin (klorin dalam air dikhuaturi bertindak balas dengan bahan aktif yang terdapat dalam Chitosan)

Contoh air bebas klorin

1. Air hujan
2. Air telaga
3. Air mata air
4. Air yang ditapis dgn penapis yang bersesuaian

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter