11 Mei 2016

SIFAT PERTUMBUHAN YANG IDEAL

Oleh Tuan   ~

Pertumbuhan yang ideal bagi pokok tin ialah pokok yang mempunyai 3-4 cabang utama yang tumbuh dari bawah (dari tanah). Pokok yang tumbuh sebegini ada beberapa kebaikan seperti berikut:
1. Mempunyai banyak ruang untuk pengeluaran buah
2. Pokok rendang & mudah untuk pengurusan tanaman seperti membungkus buah, memetik hasil & pengurusan serangga perosak. 
3. Mempunyai sistem pengakaran yang kuat & tidak mudah tumbang walaupun dalam keadaan angin yang kuat

Persoalannya bagaimanakah cara untuk membentuk agar pokok agar rendang sebegini?
- Caranya ialah dengan mengalakkan pertumbuhan pada peringkat awal dengan memastikan ianya membesar pada tahap optimum. Ini boleh dijalankan dengan memberi baja subur dikuti dengan pemberian penggalak pertumbuhan yang banyak terdapat dipasaran pada masa ini. 









...

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter