26 Apr 2016

Sifat-Sifat Pertumbuhan Pokok Tin

Oleh Tuan   ~

Apa yang saya faham, sifat pertumbuhan pokok tin terbahagi kepada tiga seperti berikut:
1. Jenis tumbuh berumpun (Bushy type)
2. Jenis tumbuh berbatang besar utama (Tree type)
3. Jenis tumbuh perlahan (Bonsai type)

Memahami sifat pertumbuhan ini sangat penting dalam pengurusan tanaman diladang. Jenis tumbuh berumpun akan sentiasa tumbuh tunas baru pada pangkal pokok atau dari dalam media tanaman. Amalan pemangkasan rendah bagi pokok jenis ini akan mengalakkan pertumbuhan dahan utama yang baru. Varieti jenis ini banyak diusahakan secara komersial untuk pengeluaran buah.

Jenis berpokok pula sangat susah untuk mengeluarkan tunas baru dalam keadaan pertumbuhan normal. Dengan mengamalkan teknik pengurusan tanaman yang betul seperti memotong pucuk & melentur boleh mengalakkan pertumbuhan mata tunas.

Satu lagi ialah jenis bonsai. Pertumbuhan bagi jenis ini adalah sangat perlahan & akan jadi pokok bonsai jika amalan pemangkasan tidak dibuat dengan betul.


Jenis tumbuh berumpun / bushy

Jenis tumbuh berpokok (tree type)

Jenis tumbuh berpokok (tree type)


SUMBER (Klik di Logo)
 ABE CIK FIG GARDEN



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter