26 Apr 2016

Penanaman Pokok Tin - Jarak Tanaman

Oleh Tuan   ~

EJarak tanaman yang optimun akan menentukan pokok tumbuh subur pada tahap optimum. Pemilihan jarak tanaman yang sesuai adalah sangat penting bagi penanaman kekal diatas tanah sama ada terus ke tanah atau bekas yang tidak boleh diubah2 seperti culvert dll . Sebaliknya, jika penaman dibuat didalam pasu atau bakul, jarak boleh diubah suai mengikut tahap pertumbuhan semasa. 




Mengapa perlu jarak yang optimum?  Sebab2nya ialah seperti berikut:
1. Memaksimumkan penggunaan cahaya matahari yang ada
2. Memaksimumkan penggunaan ruang yang ada untuk pembiakan akar
3. Memastikan pokok menerima pengudaraan kawasan tanaman untuk mengawal perebakan penyakit & perosak. 

Apakah faktor yang akan menentukan jarak tanaman?
1. Saiz pokok pada tahap pertumbuhan yang maksimum - pokok yang kecik tentu sekali memerlukan ruang yang kecik / jarak tanaman yang lebih rapat. 
2. Status kesuburan tanah - penanaman boleh dirapatkan bagi kawasan yang subur. 
3. Status pengudaraan yang diperlukan oleh pokok - ada pokok sangat sensitif bagi perebakan penyakit & perosak. 

Bagi pokok tin di dalam RPH, disini saya nak kongsi sikit pengalaman saya
1. Jarak bergantung kepada tujuan penanaman - untuk anak benih, untuk buah atau anak benih & buah. 
2. Varieti yang ingin ditanam - pertumbuhan  setengah varieti sangat agresif & sentiasa padat dengan daun / ranting baru
3. Sistem untuk pengendalian tanaman. 

Berdasarkan faktor diatas disini ialah apa yang saya rasa sesuai bagi pengumpul varieti macam saya. Jarak ini sesuai untuk memastikan banyak varieti boleh ditempatkan & sesuai untuk pengeluaran bahan tanaman & juga untuk pengeluaran buah (walaupun bukan optimum). Sistem penanaman yang Abe Cik ikut adalah seperti berikut: 
1.  Jarak yang saya guna ialah 4.5' x 4.5' 
2. Sistem tanaman ialah dua baris & ruang berjalan untuk pengendalian pokok (bagi setiap 2 baris)
3. Ruang untuk berjalan ialah 5' - ruang ini diperlukan untuk memudahkan pengendalian tanaman. 
3. Jarakkan lebih kurang 2.5 kaki dari tepi dinding RPH supaya tidak terkena tempias hujan & cukup ruang untuk berjalan 
4. Pokok dilatih untuk tumbuh besar dalam baris. Kalau perlu, lentur ke dalam barisan.





SUMBER (Klik di Logo)
 ABE CIK FIG GARDEN

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter