26 Apr 2016

Bekas Tanaman Untuk Pokok Tin

Oleh Tuan   ~

Saya mula menanam pokok tin sebagai hobi kerana minat dengan kepelbagaiannya dalam tahun 2014 dengan 10 pokok varieti yang biasa bagi orang baru. Penanaman pertama Saya guna pasu ceramic pelbagai saiz. Pada awal tahun 2015 saya telah menanam dalam culvert yang berukuran 19" garis pusat & 19" tinggi diatas tanah didalam RPH pertama di kebun saya. Pasu plastik 17" juga saya guna kerana keluasan RPH tersebut adalah terhad untuk menempatkan koleksi varieti yang sentiasa bertambah. Alhamdulillah pokok tumboh dengan baik.  

Projek RPH kedua saya bermula Mac 2016. Dalam RPH baru, saya telah pilih culvert yang berukuran 9" tinggi & 24" garis pusat. Mengapakah perubahan bekas tanaman begitu ketara sekali dari masa kesemasa. Perubahan tersebut saya buat berdasarkan pemerhatian berikut:
1. Pasu ceramic 15-17" teralu kecik untuk pertumbuhan pokok. 
2. Pasu ceramic adalah terlalu berat untuk pengendalian. 
3. Akar kebanyakkan tertumpu pada bahagian 6-8" dari permukaan media
4. Tiada akar dibahagian bawah pasu ... Mungkin terlalu lembab / air bertakung
5. Pertumbuhan bagi tanaman dalam culvert (18" tinggi sangat baik) dan boleh menampung pokok melebihi 10'. 
6. Walaupun pertumbuhan dalam culvert 18" garis pusat adalah sangat baik .. Saya berpendapat pada isipadu yang sama, culvert yang lebah lebar adalah lebih baik. Sebab tu saya berpindah kepada culvert lebih besar, tapi rendah...







Pemerhatian akan bersambung...


SUMBER (Klik di Logo)
 ABE CIK FIG GARDEN

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter