29 Feb 2016

Penyakit Pokok Tin - WHITE FLIES / BENA PUTEH

Oleh Tuan   ~


Jika bahagian atas daun pokok anda berkelapok seperti gambar ini, kemungkinan besar pokok anda dihinggapi serangga penghisap cecair daun. Mengapa kelapuk ini berlaku?

Sebab:

1. Serangga penghisap selalu hinggap dibahagian bawah daun
2. Serangga penghisap ini akan merembeskan manisan dari badan & jatuh pada bahagian atas daun dibawahnya
3. Manisan akan menyebabkan kulat mudah merebak

Antara serangga yang didapati menghisap cecair dari daun ialah white flies @ bena puteh, aphids & scale insects. Kehadiran serangga ini selalunya dikaitkan dengan kehadiran semut yang juga menhurungi manisan tadi.

Kaedah kawalan:

1. Pastikan kawasan tanaman mempunyai pengudaraan yang baik
2. Sembur dengan racun perosak seperti air bancuhan lada / bawang, beberapa jenama racun organik yang terdapat dipasaran.

Kelapuk pada permukaan atas daun

Serangga hinggap pada bahagian bawah daun.

Serangga pada bahagian bawah daun


 Keadaan daun tidak mempunyai pengudaraan yang baik adalah punca yang menyebabkan merebaknya serangga peghisap cecair daun


Antara racun organik yang boleh mengawal bena puteh dengan berkesan


SUMBER (Klik di Logo)
 ABE CIK FIG GARDEN






Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter