4 Nov 2015

Cerita2 Dari Sdr. Azlan Abdullah #1 - Mengapa Cup Semaian Plastik Perlu di Buat Lubang?

Oleh Tuan   ~

Cerita daripada Saudara Azlan Abdullah kali ini ialah berkaitan dengan mengapa cup plastik yang digunakan untuk semaian keratan perlu ditebuk lubang dibahagian bawah..  Ini lah ceritanya..


Cerita dari Sdr. Azlan Abdullah kali ini...

Sekadar berkongsi pengalaman, khususnya untuk newbies.

Saya dapati menebuk lubang di cawan plastik ini ada 4 faedahnya:

1. Untuk tujuan pengudaraan/ventilation, terutamanya di bahagian bawah cawan.

2. Untuk membolehkan air yang berlebihan, jika ada, dikeluarkan melalui lubang-lubang berkenaan. Ingat - media lembap aja, bukan basah.

3. Untuk menambah air, dengan menyemburnya melalui lubang-lubang berkenaan. Buat hanya jika/bila perlu sahaja, bila media nampak kering.

4. Menjadi tanda aras bila menanam keratan di dalam cawan plastik berkenaan. Bahagian bawah keratan mestilah di atas sedikit dari aras lubang-lubang tersebut. "Kaki" keratan tidak terendam.

Oh ya, untuk percambahan yang cepat, jangan lupa sungkup ya..




Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter