16 Nov 2015

Anda sudah terkena DTK (Deman Tak Kebah) atau MTG (Meroyan Tahap Gaban) Apabila....

Oleh Tuan   ~

Bagi peminat pokok tin di Malaysia pada masa ini istilah yang paling popular ialah DTK.  DTK ialah huruf singkat bagi Deman Tak Kebah.  Singkatan ini dirujuk kepada keadaan dimana apabila seseorang terkena jangkitan MINAT kepada pokok tin, ianya sukar untuk berhenti daripada menambah koleksi varieti dan terus menambah koleksi dan bereksperimen dengan pokok tin.

Bagaimana pula MTG?  MTG ialah huruf singkat bagi perkataan Meroyan Tahap Gaban.  MTG dirujuk kepada jangkitan DTK yang melampau dan kadangkala tindakan mereka adalah diluar jangkaan...

Nilailah sendiri pada tahap manakah anda berada - DTK atau dah pada tahap MTG.. he he he

.. apabila taman penuh dengan pokok tin. Sanggup meletelakkan
kenderaan diluar porch asalkan pokok tin yang 
disayangi tidak terkena huja


.... dari dalam rumah inta2 pokok... waktu tengah malam, 
sebelum tidur & waktu subuh selepas bangkit dari tidur



... terus bereksperimen dengan semaian keratan walaupun
sebahagian besar telah menjadi kayu api..


Anda DTK atau MTG apabila..

1. Anda ada lebih dari sepuluh varieti pokok tin.
2. Skill berkaitan pokok tin anda melebihi skill kerja hakiki anda
3. Plet NDC, RK, MR mengingatkan anda pada pokok tin
4. Anda pernah layan pokok tin sampai pukul 3 pagi
5. Anda ada lebih dari 7 jenis baja atau vitamin/hormon untuk pokok tin
6. Bila anda outstation, anda teringatkan pokok tin anda
7. Masa anda outstation, dalam sehari beberapa kali anda call untuk pesan dengan orang rumah suruh tengok tengokkan pokok tin anda
8. Bila balik outstation, anda tuju pokok tin anda dulu
9. Kawan baru anda kenal sejak layan pokok tin, macam best friend dah lama kenal
10. Anda lebih tahu harga pokok tin berbanding harga gula sekilo
11. Stok kayu api anda cukup untuk memanaskan rumah sepanjang musim tengkujuh
12. Anda menjadi manusia yang tidak putus asa, positif dan bersemangat waja apabila memegang keratan pokok tin
13. Jika anda bercuti, anda akan rancang ke tempat yang ada Seller pokok tin.
14. Brader poslaju dah kenal anda. Mereka anda semua seorang arkitek kerana sentiasa menerima bungkusan yang panjang2 - semacam pelan rumah.
15. Anda dah kurang layan group watsapp kerja atau group sekolah lama anda. 16. Watsapp anda adalah watsapp group pokok tin / 95 % notification FB dr post 15 group pokok tin.
16. Suami/isteri asyik bebel je sbb selalu sgt belek pokok tin. Bertuah bagi yang suami & isteri terkena jangkitan ... keputusan untuk melabur dalam pokok tin mudah diperoleh
17. Sanggup menebang pokok2 kekal yang sedia ada yang masih produktif semata untuk memberi ruang kepada pokok tin...
18. Sanggup meruntuhkan struktur kekal yang sedia untuk memberi ruang kepada pembangunan rumah pelindung hujan
19. Pokok2 yang satu masa dulu menjadi pujaan telah disisihkan dan letak diluar.
20. Ada yang sanggup parking kereta yang berharga puluhan ribu diluar rumah kerana porch kereta telah dipenuhi dengan pokok tin.
21. Ada yang beli payung untuk memberi teduhan kepada pokok tin supata tak terkena hujan...
22. Habis peralatan didapur dikebas semata2 untuk pokok tin. Ini termasuk jug plastik, sudu, pisau dll
23. Dulu anda ada 20 kawan fb atau whatsapp, sekarang anda ada lebih daripada 2000 sahabat kenalan baru.
24. Akan berjimat cermat semata2 nak sambaq varieti baru
25. Jiran dah tak was2 takutkan pencuri kalu ada sinaran lampu torchlight tgh2 mlm/awal pagi
26. Bini pon suka sebab suami da jarang kluar mengeteh sebab mlm2 duk bancuh tanah lagi
27. Selama ni tak pernah buat pun cuba buat..potong kangkung..pisang..gula merah..sisa ikan peram dlm baldi..mol lah konon..lepas seminggu buka ..rasa nak temuntah..terus curah tepi pagar..malas nak tapis..
28. Tiap kali beli variety baru, akn ckp "yang ni last.."
29.  Dulu tangan licin tapi la ni tangan berparut. Dulu geli nak pegang tanah, la ni hari-hari ramas tanah
30. Bila hari hujan dan angin kencang bertiup, anda jadi resah. Setiap 15 minit jengok2 melalui jendela. Bila ada pohon yg tumbang, anda terus keluar perbetulkan tanpa menghiraukan hujan
31. Facebook bagi anda adalah group tin oh tin atau jual beli pokok tin.

Soalan cepu mas...  Apakah ubatnya?

Terima kasih kepada Ahmad Yusran Yusof dan semua ahli yang sama-sama telah menyenaraikan bagaimana hendak memastikan anda telah terjangkit DTK atau ke tahap lebih kronik ... MTG

Sesungguhnya aktiviti penamanan pokok tin ini adalah amat menyoronokkan disamping memujudkan silaturrahim samada secara secara maya di FB atau whatsApp ataupun bersemuka...  Alhamdulillah..


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter