12 Okt 2015

Resepi Hasilan Pokok Tin - Halwa

Oleh Tuan   ~



Pada kali ini saya ingin kongsi cara untuk membuat halwa buah tin yang muda atau gugur sebelum matang.  Buah yang tidak matang adalah tawar. Cara ini telah dikongsikan oleh Pn. Zainon Hussain.

Caranya : 

1. Rebus buah2 tin separuh masak kemudian angkat dan sejukkan , air rebusannya tadi dibuang. 

2. Cairkan air gula batu atau gula pasir secukup rasa manisannya , apabila gula dah cair angkat bila dah sejuk perahkan dgn sedikit jus lemon.

3. Masukkan buah tin yng sudah direbus kedlm botol dan tuangkan air sirap gula dan perahan lemon tadi dan tutup rapat

4. Simpan didlm peti sejuk selama 7 hari supaya air sirap lemon tadi meresap dan sebati dgn buah tin

 Selamat mencuba



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter