2 Okt 2015

Kembara Saf Fa Fig Garden ke Italy #1 - Simposium Antarabangsa Fig ke V, Ogos/September 2015 (Napoli, Italy)

Oleh Tuan   ~

Semasa Simposium Fig Antarabangsa yang dilangsungkan di Napoli baru-baru ini, Malaysia telah diwakili oleh beberapa figger Malaysia.  Antaranya ialah Saf Fa Fig Garden.  Kita sangat bertuah kerana Saf Fa Fig Garden sudi berkongsi pengalaman beliau semasa menghadiri simposium tersebut.  Ini termasuk simposium itu sendiri dan juga lawatan ladang dan kilang yang merupakan sebahagian program simposium tersebut. Kesemuanya ini akan dikongsikan oleh Saf Fa Fig Garden menerusi beberapa posting dalam masa terdekat.  Bagi posting kali ini Saf Fa Fig Garden melaporkan aktiviti disimposium terbebut....  SHARING IS CARING..


Ini apa yang dilaporkan oleh Saf Fa Fig Garden...

Pada 30 Ogos kami memulakan perjalanan ke destinasi pertama kami di Italy iaitu Naples (atau dipanggil Napoli oleh orang tempatan). Napoli terletak di Selatan Rome kira-kira 3 jam perjalanan dengan kereta. Tujuan utama kami ialah menghadiri persidangan simposium antarabangsa Fig ke V yg diadakan 4 tahun sekali. Simposium ke IV telah diadakan sebelumnya di Morocco pada tahun 2011. Simposium ke VI akan dihoskan pula oleh Croatia pada tahun 2019. Perjumpaan di Napoli ini dihadiri oleh lebih 100 orang peserta terdiri dari penyelidik, Collector, Industri dan komuniti yang terlibat dengan fig dari seluruh dunia. Simposium berlangsung selama 5 hari dengan pengisiannya seperti ucaptama dari penyelidik tersohor, pembentangan oral dan poster peserta, diskusi dengan panel, lawatan ke ladang dan kilang memproses produk berasaskan fig dan lawatan ke konservatori fig. Alhamdulillah kami berpeluang belajar dan berinteraksi dengan pakar-pakar fig sedunia dan yang lebih penting mewujudkan networking dengan mereka. Kami percaya walaupun Malaysia masih baru berjinak dengan dunia fig ini, tetapi dengan kesungguhan dan sifat dinamik kita, industri fig Malaysia bole pergi lebih jauh InshaAllah. 


Bersama penyelidik dari Tunisia. Tunisia juga mempunyai 
banyak cultivar tempatan dan mereka juga sangat aktif dalam 
penyelidikan fig antarabangsa


Diskusi bersama panel dari Israel, 
USA dan Montserrat Pons


Kejayaan penyelidik India yang membuat grafting 
menggunakan pokok penanti bukan genus Ficus lain. 
Sebelas cultivar telah berjaya digrafkan

Antara poster yang menjadi perhatian pengunjung dari 
Mr Montserrat yang memaparkan keistimewaan fig rimada beliau



Sebahagian black fig yang dipamerkan disimposium tersebut 
dari koleksi Dr Paolo


Makan tengahari bersama-sama dengan dua collector fig tersohor 
Dr Paolo dari Italy dan Mr Baud dari France



Mr Ponce wakil dari Peru. Peru juga mempunyai lebih dari 
50 cultivar tempatan

Dr Tanjiana dari Albania. Albania mempunyai 
lebih dari 30 cultivar tempatan



Sebahagian dari peserta bergambar di depan venue 
Simposium Universitat

Penyelidik otai dari Israel. Israel mempunyai Fig Institute yang berjaya mengeluarkan warna buah fig mengikut citarasa pengguna. 
Mereka juga mengeluarkan hybrid buah yang berkulit tebal 
yang berkilat sesuai untuk penstoran yang lebih lama.


Peserta juga berpeluang membeli pokok tin besar 
seperti gambar tersebut pada harga sangat istimewa dihari terakhir



Pengundian untuk hos simposium akan datang 
telah dimenangi oleh Croatia

Sebahagian koleksi yellow fig Dr Paolo

Buah varieti Luv yang menjadi wishlist sebahagian 
dari figgers Malaysia

Jangan lupa ikuti laporan berkenaan berkenaan lawatan ke ladang-ladang, pusat pengumpulan janaplasma fig (conservatory) dan kilang di posting-posting akan datang.

Catatan:

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Saf Fa Fig Garden (Klik disini)

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter