24 Sep 2015

Teknik Menyediakan Cup Untuk Memudahkan Pindahan Anak Pokok Ke Polibeg Atau Pasu

Oleh Tuan   ~

Teknik membuat tut dengan menggunakan cup plastik sekarang banyak diamalkan oleh figger dalam pembiakan bahan tanaman.  Teknik banyak digunakan untuk membuat tut pada dahan sulur dipermukaan media tanaman. Walau bagaimana pun seringkali saya mendengar/membaca keluhan newbies mengenai kerisauan dan kegusaran mereka mengenai stress pada anak pokok atau akar putus ketika memindahkan anak pokok dari cup semaian. Bersama ini saya ingin kongsikan satu teknik menyediakan cup untuk memudahkan pemindahan anak benih ke pasu atau tanaman kekal.

Info ini telah dikongsi oleh Sdr. Kamal Abdul Aziz.  Terima kasih saya ucapkan.

1) Belah dua cup semaian (rujuk gambar).

2) Lekatkan kembali cup semaian tadi dengan tape selopian.

3) Cup ini bolehlah digunakan untuk dijadikan bekas untuk membuat tut.

4) Apabila tiba masa untuk memindahkan anak pokok dari cup, anda cuma perlu kelar selotape mengikut garisan potongan pada cup.

5) Buka plastik dengan perlahan-lahan agar akar tiak tercedera.

6.  Anak pokok sekarang sudah sedia untuk dialihkan ke polibeg atau pasu



Cup plastik dibelah dua


Cup plastik ditangkup kembali
dengan menggunakan binding tape
(jenis kalis air / plastik)


Anak benih daripada keratan / tut yang diasuh didalam
cup & sedia untuk pindah ke bekas tanaman 
yang lebh besar


Anak benih yang sudah sedia untuk
ditanam ke bekas tanaman yang lebeih besar



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter