10 Sep 2015

Perosak Pokok Tin - Kumbang Bunga (Flower Chafer / Protaetia sp)

Oleh Tuan   ~

Kumbang ini adalah dari famili Scarabaedae (Sub famili cetoniinae). Ianya tergolong dalam Genus Protaetia. Di kampung ianya lebih dikenali dengan kumbang bunga atau kumbang ulat kuang.  Sayap bewarna coklat berkilat dengan tompok2 puteh.  Saiz serangga dewasa adalah dalam lingkungan 1.0-1.5 cm panjang. Larva atau ulat kekek (ulat kuang) adalah dalam lingkungan 1.0 cm panjang.


Kumbang dewasa (pandangan atas)


Kumbang dewasa (pandangan bawah)



Kumbang dewasa pada buah


 Larva (atau lebih dikenali dengan ulat kuang
atau ulat kekek)


Kumbang dewasa akan akan bertelur ditanah
dan larva adalah sangat merbahaya kepada pokok


Kerosakan pada pokok tin

Kumbang ini agak suka pada pokok tin berbanding dengan pilihan pokok lain ditaman.  Kerosakkan yang dilakukan oleh kumbang ini terbahagi kepada dua seperti berikut:

Pada buah

Kumbang pada kebiasaanya akan mengambil cecair daripada buah yang masak. Ini akan menyebabkan buah akan menjadi buruk sebelum sedia untuk dipetik.


Kesan pada buah masak pada peringkat awal


Kumbang pada buah yang telah rosak

Pada akar

Seranggan pada akar adalah amat merbahayakan kerana ianya boleh menyebabkan kematian pada pokok yang sudah matang. 

Pokok yang sudah matang boleh mati
akibat serangan serangga ini


Akar pokok yang rosak kerana dimakan 
oleh larva ini.


Kaedah kawalan

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah perosak ini ialah dengan mengamal beberapa kaedah penecegahan bagi mengelakkan kehadiran serangga ini dikebun anda.  Langkah2 tersebut adalah seperti berikut:

1.  Jaga kebersihan kebun.  Pastikan kawasan berdekatan tanaman tidak ada punca yang boleh menyebabkan serangga ini membiak.  Antara tempat yang serangga ini suka membiak ialah longokan bahan organik seperti tinja binatang dan bahan kayu atau batang kelapa / kelapa sawit yang reput.

2. Elakkan daripada mengguna baja organik dari tinja ternakan yang tidak terproses kerana serangga ini suka bertelur dibahan2 tinja ini. Terbaik bakar dahulu sumber tinja tersebut sebelum digunakan.

3. Amalkan kaedah yang menyebabkan serangga dewasa tidak suka mendekati media tanaman sama ada dalam bekas tanaman ataupun diatas tanah.  Antaranya ialah dengan menabur kulit telur yang telah dihancurkan ke permukaan media. Selain daripada itu media juga sebaiknya disembur dengan bahan racun organik seperti minyak neem atau serai wangi secara berkala (sekali seminggu).





Tabur kulit telor pada permukaan media. Kulit
telor dilapurlkan menjauhi kehadiran serangga ini


Dalam keadaan kehadiran larva ini pada tahap kritikal racun-racun berikut boleh digunakan.

1.  Racun organik yang berasakan minyak neem yang rumus khas untuk kawalan perosak tanaman.  Guna kepekatan yang disyorkan & siram kepada media tanaman sehingga kesemuanya basah

2. Racun kimia seperti malathion.  Siram pada keseluruhan media mengikut kepekatan yang disyorkan.  Pada kebiasaanya larva ini keluar ke permukaan media dan akan mati.



Buah dibungkus dengan 
pembalut yang bersesuaian


Amalan membalut buah yang hampir matang boleh membantu mengurangkan masalah serangga dewasa pada buah.




Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter