9 Sep 2015

Pengembaraan Pokok Tin #4 - Turkey (Negara Pengeluar Buah Terbesar Di Dunia)

Oleh Tuan   ~

Bagi penggambaraan pokok tin kali ini saya ingin membawa anda semua ke negara Turkey.  Turkey ialah negara pengeluar yang tertinggi didunia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh UN Food & Agriculture Organisation (FAO), jumlah pengeluaran dari Turkey pada tahun 2012 ialah 274,535 tan.  

Bersama ini saya kongsikan beberapa cerita berkenaan pokok & buah tin di negara Turkey.


Dari Pn. Halimaton Ibrahim yang sentiasa berulang alik ke Laut Hitam (Black Sea), Turkey

Ini adalah gambar aktiviti memetik buah tin kampong di ladang/kebun kepunyaan keluarga suami Halimaton di Duzce, Laut Hitam (Summer 2013). Ni variety yang biasa diusahakan di wilayah ini. Pokok ni ditanam di sekitar ladang hazelnut, untuk makan sendiri bukan untuk komersial.

Warna macam buah manggis



Variety yang biasa diusahakan di sekitar kampong, 
di Duzce, Black Sea


Biras Pn. Halimaton sedang memetik buah tin 
yangg] sudah masak ranum. Lazim ia ranum 
bulan September



Musim bunga.. kehidupan bermula semula


Depan rumah mertua Pn. Halimaton dimusim sejuk 
(masa untuk tidur)

Buah tin segar yang dimuatkan dengan 
hazel nut dan disira dengan air gula
ialah dessert kegemaran orang Turkey


Lempeng dimakan dengan
jem buah tin


Dari Sdr. Daham Daud yang berada di Instanbul minggu lepas

Mengikut Sdr. Daham, buah yang terdapat dikedai buah-buahan di Istanbul adalah agak besar dan manis.  Harga jualan ialah dalam lingkungan RM15/kg


Mengikut Sdr. Daham 3 biji yang terbesar dengan harga  3 turki lire (Lebihkurang RM1.50/biji). Buahnya sangat sedap. Varieti tak pasti


Harga buah tin di Istambul TL 9.00/kg 
(lebih kurang RM15.00/kg)


Buah tin segar dari Turkey di pasaran tempatan (Sdr. Mohd Gnola Syahir)

Buah tin Turkey di pasaran tempatan...

Buah tin dari negara Turkey boleh 
didapati Jusco Alma Penang


 Harga ialah RM15.50 untuk 4 biji



2 ulasan:
Write comments
  1. Seronok mmbaca pngalaman tn musa......sy br blik dr turku ttp x prog berkaitan pertanian esp pkk tin.
    Bgmn yer nak mndptkn mlancong ke turki dgn akt pnanaman pokok tin..... Truja sgt2

    BalasPadam

  2. Diharap tn dpt mmberi tips mlancong ke turki dgn akt pnanaman pokok tin dll.....tk😊

    BalasPadam

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter