6 Sep 2015

13 Tip Penting Semasa Membeli Anak Benih Pokok Tin Secara On Line

Oleh Tuan   ~

Anak benih dalam polybag

Minat terhadap pokok tin dikalangan pokok telah meningkat dengan begitu mendadak sekali sejak akhir-akhir ini.  Ini mungkin disebabkan liputan media yang begitu luas, sama ada di TV mahupun media cetak seperti surat khabar dan majalah.  Penjual anak bahan tanaman telah mula membuat promosi di laman-laman grup FB dan peminat baru mula pokok tin mula mencari dan mengintai sumber bahan tanaman yang perlu dibeli.  Dalam keghairahan untuk mendapat bekalan anak benih ini, banyak kes yang tidak menyenangkan telah berlaku. Antaranya ialah terbeli pokok San Pedro (buah tidak akan matang), mati semasa proses pemindahan ke bekas tanaman atau pokok yang tidak berkualiti dan telah dijangkiti dengan penyakit.

Sebagai panduan kepada mereka yang ingin membeli anak-anak benih ini, disini saya ingin memberi sedikit panduan bagi memastikan anak benih yang bakal dibeli berkualiti baik dan hidup mewah dibawah jagaan anda semua.  Tip-tip tersebut adalah seperti berikut:

1.  Beli daripada penjual yang mempunyai trek rekod yang baik dinegara kita (Rujuk link dibawah).  Mereka lebih arif dengan varieti yang baik ditanam terutama kepada peminat yang baru mula mencebur diri dalam penanaman pokok. Daripada pengalaman, mereka boleh mengesyorkan varieti yang sesuai berdasarkan mudah untuk dijaga, hasil yang baik, buah yang berkualiti dan tahan lasak dalam keadaan cuaca di negara kita.

2.  Benih pokok yang baik (sama ada anak keratan atau tut) adalah terhasil dari batang pokok yang telah matang dan sederhana besar.  Pokok induk biasanya berumur dalam linkungan 2-3 tahun.  Batang pokok yang matang biasanya mempunyai garis pusat dalam lingkungan 1-2 cm. Batang sebegini akan menghasilkan akar yang banyak dan tahan lasak kerana ianya mempunyai makanan simpanan yang lebih banyak.

3.  Dapatkan anak benih yang sudah stabil.  Anak benih yang stabil akan mempunyai 3-4 pasang daun. Daun akan berwarna hijau.  Ini petanda bahawa anak pokok sudah melalui proses penyesuaian (hardening) dan telah terdedah kepada cahaya matahari sepenuhnya.  Pada kebiasaanya anak benih seperti ini sudah berumur dalam lingkungan 3-4 bulan.  Anak benih (seedlings) ialah bahan tanaman yang lebih sesuai bagi mereka yang mula mencuba pokok tin berbanding dengan anak keratan tut atau cutting.

4.  Buat pemerhatian terhadap  pentunjuk penyebab masalah - ada kesan serangan perosak (pada batang / akar & daun) atau penyakit-penyakit lain.  Anak benih seharusnya mempunyai batang yang bersih dan tiada tanda jangkitan kulat (bewarna coklat).  Perhatikan juga kepada bentuk daun jika ada petunjuk yang anak benih berkenaan telah dijangkiti virus.

5.  Perhatikan pada medium yang digunakan.  Jika anak tut yang dibeli menggunakan bahan media daripada cocopeat, pastikan ianya dibuang sepenuhnya sebelum sebelum ditanam.  Penanaman anak tut tanpa mebuang boleh menyebabkan kerosakkan pada akar dan seterusnya akan menghadapi masalah pertumbuhan yang baik.

6.  Pilih bahan tanaman yang bersesuaian denga kemahiran anda semua.  Sebagai newbies, terbaik ialah membeli anak benih yang telah stabil yang telah mengalami proses penyesuaian (hardening).  Bagi mereka yang lebih berpengalaman, anak tut dan cutting ialah sumber yang terbaik.

7.  Pastikan anda tahu varieti yang anda beli. Ada kes yang pembeli beli POKOK ARA sebagai POKOK TIN...  Dengan tahu nama varieti ini, anda boleh buat rujukan dengan mereka yang berpengalaman berkenaan varieti tersebut. Sama ada varieti yang baik untuk ditanam atau sebaliknya.


Keratan batang

Keratan tut

Selain daripada tip-tip diatas, tip-tip khusus bagi pembelian secara online juga patut diberi perhatian. Antaranya adalah seperti berikut.

8.  Beli daripada penjual yang mengamalkan kaedah SOP penghantaran yang baik jika penghantaran dibuat menerusi pos.  Kadang kala penghantaran menerusi pos (sama ada pos laju atau perkhidmatan courier) boleh memakan masa beberapa hari.   Tanpa amalan penghantaran yang baik, anak pokok berkenaan akan mati kekeringan.  Penghantaran seharusnya dibuat pada awal minggu.

9. Pastikan barangan yang bakal diterima adalah sama dengan apa yang dipersetujui semasa urusan jual beli.  Sehubungan dengan itu, sebaiknya dapatkan gambar barangan yang dipersetujui untuk jual beli sebagai rujukan jika ada kes penghantaran barangan yang tidak bermutu.

10. Buat urusan dengan penjual mempunyai profile FB yang lengkap.  Ini termasuk nama lengkap, alamat ladang / nurseri penyimpanan bahan tanaman dan nombor-nombor untuk dihubungi.  Ini akan memudahkan untuk dirujuk jika ada apa masalah urusan jual beli.

11. Pastikan dokumen pembayaran (resit banking transaction) untuk rujukan jumlah dan tarikh bayaran dibuat.

12. Elak membeli dari pembekal yang tidak dikenali dan tiada rekod perkhidmatan yang terbaik.  Terbaik sebelum membeli, anda semua boleh bertanya dahulu kepada ahli lain digrup FB yang anda telah menjadi ahli.  Sifu di grup FB berkenaan boleh membantu anda semua.

13. Berhati-hati jika anda ditawarkan dengan harga yang terlampau murah berbanding dengan harga pasaran biasa kerana ada kemungkinan barangan yang dijual adalah dibawah piawai anak benih (anak tut / bare root) yang berkualiti.


Pautan berkaitan

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter