26 Ogo 2015

Ulasan Buku # 3 - Peluang Usaha Budidaya Buah Tin : Raup Keuntungan Besar Dari Bertanam Buah Tin

Oleh Tuan   ~


Ulasan buku

Buku kecil ini dimuat dengan fakta-fakta asas berkenaan pokok tin. Penulisan dibahagikan kepada 4 bab seperti berikut:

Bab 1 Pendahuluan
Bab ini dimuatkan dengan sedikit maklumat berkenaan botany pokok dan info asas berkenaan pokok tin.  Ini termasuk morfologi batang, daun, buah serta varieti dan keistimewaannya dalam perspektif Al Quran.  Info lain yang dimuatkan dalam bab ini ialah kandungan nutrisi dan menaafat buah dan daun untuk kesihatan.  

Bab 2 Budidaya buah tin
Bab ini pula dimuatkan dengan prospek penanaman buah tin secara komersial, teknik pembiakan bahan tanaman dan penanaman diladang.  Aspek-aspek yang berkaitan dengan penyakit dan perosak juga disentuh dengan ringkas.  Lain aspek yang dimuatkan dalam bab ini ialah pengurusan tanaman untuk pengeluaran dan seterus penuaian hasil.

Bab 3 Buah tin untuk pengubatan
Khasiat perubatan buah tin yang bekaitan dengan penyakit radang tengkok, buasir, masalah membuang air besar, penyakit usus, luka & bisul, haid tidak teratur dan kesihatan lelaki dibincang dalam bab ini

Bab 4 Analisi usaha
Analisis ringkas tentang untung rugi penanaman komersial pokok tin dibincag dalam bab ini.

Sebagai kesimpulan, buku ini adalah amat asas dan tidak memenuhi kehendak pengusaha yang serius berkenaan pokok tin.  Maklumat varieti dan amalan pengeluaran adalah sangat ringkas.  Gambar gambar hitam puteh yang dimuatkan tidak dapat mengambarkan sifat varieti tersebut dengan jelas.


Maklumat buku

Tajuk : Peluang Usaha Budidaya Buah Tin : Raup Keuntungan Besar Dari Bertanam Buah Tin
Jumlah muka surat : 147
Penulis : Nursita Dewi
Penerbit : Pustaka Baru Press, Yogyakarta
Tahun diterbitkan : 2013

Buku ini boleh dibeli secara on-line rasanya.  Dulu saya beli dari Tn. M. Yusuh Harun yang dibawa masuk dari Indonesia.





1 ulasan:
Write comments
  1. Andika Kurniawan6 Mac 2017 11:13 PTG

    Beli bukunya dimana ya gan? mohon infonya

    BalasPadam

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter