25 Ogo 2015

Ulasan Buku # 2 - Descriptors for Fig (Ficus carica) / IPBGRI

Oleh Tuan   ~


Ulasan buku

Pada masa ini saya difahamkan lebih 800 varieties telah berjaya dikumpulkan oleh pengumpul dan peminat pokok tin di Malaysia.  Pengumpulan ini dibuat dari beberapa negara termasuk negara-negara timur tengah, Eropah dan beberapa negara Asia seperti China dan Jepun.  Adalah amat memeningkan kerana varieti yang berlainan nama kadangkala pada hakikat sebenar ialah varieti yang sama. Ini kerana sudah menjadi satu trend dimana varieti yang diimport dari negara luar diberi nama yang lain setelah penilaian kesesuaian dibuat dinegara berkenaan. Bagi memastikan kecelaruan identiti tidak berterusan, adalah penting bagi peminat pokok tin Malaysia berupaya membuat pengkelasan varieti-varieti ini secara sistematik.

Sehubungan dengan itu sebagai mantan pembiak baik tanaman, saya sangat teruja dengan penemuan buku ini.  Buku ini telah memberi panduan yang lengkap bagaimana hendak mengkelaskan mengikut ciri yang ada pada varieti tersebut. Antara karakter yang digunakan dalam pengkelasan varieti ialah seperti berikut:


Sifat tanaman itu sendiri

Sifat tanaman yang digunakan dalam buku ini ialah seperti berikut:
- Sifat pertumbuhan (jumlah cabang, ketinggian)
- Sifat buah (warna buat muda, warna kulit & isi buah matang, bentuk buah, saiz dll)
- Sifat daun (bentuk dan saiz dll)


Penilaian prestasi

Penilaian prestasi yang digunakan adalah seperti berikut:
- Sifat agronomi (jangka masa untuk berbuah selepas menanam)
- Produktiviti (hasil per pokok / musim)
- Ketahanan kepada faktor abiotic (tegasan air, suhu yang tinggi/rendah, hujan , panas terik matahari, proses pengendalian dll)
- Ketahanan kepada faktor biotic (seperti penyakit & perosak)

Sebagai kesimpulan saya syorkan buku ini dimiliki oleh semua pengumpul varieti pokok tin agar semua varieti yang dikumpul mendapat identiti yang betul seperti yang dilaporkan.  


Maklumat buku

Nama buku : Descriptors for Fig (Ficus carica)
Jumlah muka surat : 53
Penulis : IPGRI dan CIHEAM
Penerbit : The International Plant Genetic Resources Institute (IPGRI)
Tahun diterbitkan : 2003
Buku ini boleh dimuat turun secara PERCUMA di alamat berikut: 
Lawan web bioversityinternational.  Klik disini



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter