24 Ogo 2015

Ulasan Buku # 1 - Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam (Penerbit : Telaga Biru, Malaysia)

Oleh Tuan   ~

Dalam usaha untuk menambah ilmu berkenaan pokok tin, selain mengikut perbincangan dilaman FB grup-grup pokok tin, forum dan capaian dalam web, saya juga berusaha mengumpul buku-buku yang berkaitan dengan pokok tin. Sehingga kini saya telah berjaya mengumpul beberapa buah buku, sama ada yang dihasilkan oleh penerbit tempatan, penerbit nusantara ataupun luar negara. Dalam masa terdekat saya akan membuat ulasan terhadap buku-buku yang saya sempat kumpul sehingga kini. Info ini boleh dijadikan panduan bagi mereka yang ingin memiliki buku tersebut sebagai bahan rujukan bagi mendalami lagi ilmu berkenaan tanaman tin.  Pada kali ini saya akan cuba membuat ulasan berkenaan buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam (Penerbit : Telaga Biru, Malaysia)

Ulasan buku

Buku ini telah dibahagikan kepada 6 bahagian yang mengandungi 40 bab. Bahagian-bahagian tersebut ialah sumber pemakanan dari sumber bumi, sumber bijiran, sumber buah-buahan, sumber sayuran & kekacang, sumber herba & rempah ratus dan haiwan & produk haiwan.  Di bahagian sumber bijirin, satu bab khusus berkenaan buah tin (Ficus carica) telah dimuatkan. 

Bab berkenaan dengan buah tin (yang disini disebut buah ara) dimulakan dengan memaparkan terjemahan satu surah (Surah At Tin) dan seterusya memberi tafsir berkenaan surah tersebut dan surah lain serta hadith yang berkaitan dengan pokok tin.  Seterusnya buku ini telah memaparkan khasiat buah tin, sedikit berkenaan dengan botani pokok tin, sedikit fakta berkenaan pengeluaran dunia, fungsi dalam ekologi, pohon tin & khasiat purba, dan kultivar pokok tin dan seterusnya amalan dan penggunaan buah & perubatan Islam.  Bab berkenaan buah tin ini mengandungi 9 muka surat.  Penyampaiannya agak mudah difahami dan dihiasi dengan gambar berwarna penuh dan grafik yang menarik.

Pada hemat saya buku ini sangat menarik secara umum kerana ianya secara ringkas memaparkan maklumat berkenaan kebesaran Allah SWT menerusi ayat Al Quran dan hadis Nabi SAW tentang tumbuhan dan tumbuhan dan makanan. Walau bagaimanapun bagi peminat pokok tin, bagi saya beberapa fakta tidak menepati dengan apa yang saya fahami.  Pertama sekali adalah tidak wajar bab yang berkaitan dengan buah tin dimasukkan didalam bahagian bijiran. Kalau ikut istilah Dewan, tumbuhan bijiran merujuk kepada tumbuhan seperti jagung, gandum, padi dll.  Bab berkenaan buah tin seharusnya diletak bersama dengan Bab yang menceritakan berkenaan buah-buahan.  Satu lagi maklumat bagi saya boleh mengelirukan pembaca ialah penggunaan istilah buah ARA yang disamakan dengan buah TIN.  Semua kita tahu buah tin (yang disebut dalam Al Quran) dirujuk kepada satu spesis pokok dari genus Ficus yang nama saintifiknya ialah Ficus carica.  Pokok tin tidak terdapat secara semula jadi di Malaysia dan adalah tidak wajar untuk menyamakan pokok tin dengan pokok ara kerana pokok ara yang terdapat di Malaysia bukan dari spesis F. carica. Pada umumnya pokok ara dirujuk kepada spesis-spesis pokok dari genus Ficus lain yang terdapat secara semula jadi di Malaysia.  Antaranya ialah ara telinga gajah (Ficus auriculata), ara cedung (Ficus racemosa) dll.

Maklumat buku

Penulis : Dr. Faszly Rahim, Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdulallah dan Prof. Dr. Aminah Abdullah.
Tahun diterbit : Cetakan Pertama (2015)
Jumlah muka surat : 378
Penerbit : Telaga Biru
Harga : RM70.00 (Kulit tebal)


Buku ini boleh dibeli dikebanyakkan kedai buku di Malaysia.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter