10 Ogo 2015

Teknik Menanam Anak Pokok Dalam Polybag ke Tempat Kekal (Atas Tanah atau Bekas Tanaman Yang Bersesuaian)

Oleh Tuan   ~

Pada posting kali ini saya ingin berkongsi teknik menanam anak pokok dalam polybag ke ketempat kekal sama ada diatas tanah atau dalam bekas penanaman yang bersesuaian. Sehubungan dengan itu, jika anda semua ingin menanam anak tut atau anak keratan didalam bekas transit untuk proses pemulihan, yang terbaik ialah guna bekas polybag kerana proses penanaman ke tempat kekal adalah lebih mudah. Jika pasu digunakan, kita terpaksa pecahkan pasu untuk memastikan bebola akar tidak terburai. Ini ialah langkah2 yang saya biasa amalkan untuk memindahkan anak pokok dalam bekas transit ke tempat penanaman kekal.


Letak satu lapisan
tinja kambing dibahagian bawah
bekas tanaman & kemudian ditimbus
dengan media yang dipilih


Ukur ketinggian polybag untuk
disesuaikan dengan lubang
yang akan disediakan


Potong bahagian bawah polybag
dengan pisau tajam


Polybag yang bahagian bawah
telah dipotong


Letakkan polybag ke dalam
lubang yang telah disediakan


Potong bahagian tepi polybag
berkenaan


Tarik naik plastik bag ke atas
perlahan-lahan


Bebola akar yang mana plastik
polybag telah dicabut


Timbus dengan tanah sehingga 
4-5" dibawah paras maksimum

Perhatian semasa menanam

1.  Pastikan anak pokok yang ingin ditanam ditempat kekal (terbuka) telah melalui proses penyesesuaian dengan keadaan sekitar (hardening).

2.  Jangan siram anak polybag sebelum ditanam.  Media yang lembab akan memudahkan bebola akar pecah dan terburai.

3.  Sebaik tanam diwaktu awal pagi atau lewat petang bagi mengelakkan kejutan menaman (transpalnting stress).

4. Jika ada kemudahan, bagi teduhan sementara sebelum anak pokok pulih sepenuhnya dalam keadaan pertumbuhan baru.




Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter