3 Ogo 2015

Perosak Pokok Tin - Serangga Penggorek Batang

Oleh Tuan   ~

Pagi ini saya ingin cerita satu kes pokok layu yang dikongsi oleh Tn. Che Ahmad Che Hussin tidak lama dulu. Pada peringkat awal ianya amat membimbangkan takut2 simptom layu tersebut berpunca daripada akar.  Jika layu itu berpunya daripada akar, pada umumnya adalah agak sukar untuk dipulihkan kerana ianya kemungkinan disebabkan jangkitan kulat atau sebab2 kerosakkan lain.  Walau bagaimanapun setelah pengamatan dibuat oleh sifu di TOT, ianya sah disebabkan oleh penggorek batang.  Usaha Tn. Che Ahmad telah berjaya mengesan penggorek batang tersebut.  Bersama ini saya sertakan simptom2 yang dikesan dan penggorek batang yang ditemui.

Simptom kerosakkan

Pada umumnya pokok layu dibahagian atas (ranting muda) 
bermula dari satu kawasan yang berwarna coklat (amat terjejas jika ianya 
berlaku pada anak pokok).  Ranting-ranting lain tidak layu


Bahagian batang tempat bermula jangkitan bewarna 
coklat


Apabila batang dibelah dua, terdapat kerosakan kepada
empulur batang (berwarna coklat)

Serangga penyebab

Serangga penyebab ialah sejenis kumbang yang mengorek
bahagian ranting muda dari bahagian bawah ke atas (arah pucuk).
Saiz ialah dalam lingkungan 2 mm


Kumbang penggorek batang

Kaedah kawalan

Potong bahagian yang terkena serangan dan musnahkan.  Kawalan
seterusnya ialah sembur dengan racun perosak sebagai pencegahan.  
Antaranya ialah malathion atau bahan pengawal serangga organik 
seperti Parker Neem

Pengajaran

Kita seharusnya dapat membezakan pokok layu disebabkan kerosakkan pada akar yang disebabkan jangkitan kulat dan kerosakkan lain dengan layu yang disebabkan penggorek batang.  Panduan berikut boleh digunakan.

1. Ranting / pokok layu yang disebabkan oleh masalah akar pada umumnya layu secara keseluruhan dan tidak tertumpu kepada ranting atau dahan-dahan tertentu sahaja.  Layu yang disebabkan jangkitan pula dapat pada kebiasaannya akan ada kesan kelecuran pada daun.  Sebaliknya layu yang disebabkan kerosakan fizikal pada akar atau kekurangan air pada umumnya tidak akan ada kelecuran pada daun.

2.  Layu disebabkan ulat penggorek batang pada umumnya akan berlaku hanya pada ranting2 tertentu sahaja.  Jika pemerhatian dibuat dengan teliti, akan ada lubang dimana penggorek batang memasuki ke dalam ranting/batang berkenaan.



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter