14 Ogo 2015

Pembiakan Bahan Tanaman - Tip Membuat Tut Pada Musim Hujan

Oleh Tuan   ~

Pada masa ini musim hujan sudahpun bermula dan hujan boleh dikatakan turun setiap hari walaupun tidak lebat.  Bagi mereka yang tidak mempunyai rumah pelindung hujan (RPH), operasi membiak bahan tanaman dengan menggunakan teknik tut akan tergendala.  Air hujan yang memasukki bunjut akan menjejaskan pertumbuhan akar dalam bunjut.  Air hujan ini boleh menyebabkan akar muda menjadi buruk dan hasilannya ialah ranting yang ditut akan terus mati atau lambat berakar.

Walau bagaimanapun dengan sedikit inovasi, masalah bunjut tut dimasuki air hujan boleh diatasi.  Bersama ini saya kongsikan apa yang diamalkan oleh C'fah Glider dalam usaha untuk memastikan bunjut tut tidak dimasuki air.  Apa yang beliau buat ialah dengan cara membungkus bunjut tut yang telah dibuat dengan menggunakan plastik pembungkus yang biasa digunakan untuk membalut bungkusan (parcel).  Materialnya ialah hampir sama dengan plastik pembungkus makanan. Walau bagaimanapun lebar plastik tersebut adalah dalam 4" sahaja.

Bahan plastik ini agak murah.  Satu roll yang berharga RM6.00 boleh membungkus sehingga 500 tut.




Membungkus tut yang tumbuh bersudut


Membungkus tut bagi cabang yang tumbuh 
menegak


Membungkus tut bertingkat


Roll plastik pembungkus
yang digunakan untuk membalut tut


SELAMAT MENCUBA....


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter