Saya difahamkan Red Blue dan M-150 ialah sejenis minuman tenaga (energy drink) yang banyak terdapat di negara beliau, Thailand. Kalau di Malaysia, kita boleh guna Livita atau Redbull. Mengikut beliau, pucuk muda akan tumbuh dalam 10-15 hari dan sedia ditanam selepas 3-4 minggu.
Di sini ialah proses penyemaian tersebut mengikut apa yang saya fahami (dengan bantuan Google Translate).
Bahan yang diperlukan
Bahan yang diperlukan ialah : keratan pokok tin, bag plastik (4"x6")
untuk buat bunjut, getah pengikat, media sekam bakar & cocopeat, bekas
pengawapan untuk disimpan bunjut keratan
Kaedah semaian
1). Campurkan cocopeat dengan sekam bakar & air.
Pastikan ianya tidak begitu lembab yang mana akan
menyebabkan berkulat dan akar menjadi reput
2) Isikan bag plastik dengan media yang
telah disediakan
3). Buang kulit (lebih kurang 1 cm)
dibahagian yang ingin disemai
4). Salut bahagian yang ingin disemai dengan
adunan belacan & M-150
5). Buat bunjut dengan media yang disediakan.
Ikat dengan kemas dengan menggunakan tali. Getah
digunakan untuk mengikat pada bahagian tengah bunjut
6). Bunjut keratan yang telah dibuat
7). Guna bekas pengawapan yang boleh
bertudung rapat
8). Letak kedalam bekas
pengewapan
9). Tutup dengan rapat dan
simpan ditempat teduh
10). Pucuk & akar tumbuh selepas
10-15 hari
11). Sedia untuk dipindah ke dalam
polybag / pasu anak benih selepas 3-4 minggu
12). Anak benih yang telah ditanam
ditempat kekal
SELAMAT MENCUBA...
Comments