5 Ogo 2015

Pembiakan Bahan Tanaman Pokok Tin - Tut Gergasi

Oleh Tuan   ~

Pada posting kali saya ingin berkongsi satu teknik berkenaan dengan penggandaan pokok yang sudah matang.  Teknik telah dipetik dari posting di Figs4Fun tidak lama dulu.  Dari satu pokok matang, 2 atau 3 lagi pokok matang boleh dihasilkan bergantung kepada keadaan dahan utama pokok induk yang ada. Pada contoh ini, dua pokok yang besar telah dari satu pokok utama.  Sebenarnya teknik ini ialah pembiakan keadah tut dengan menggunakan bunjut yang besar pada dahan yang besar.  Terima kasih saya ucapkan kepada Tn. Malik Yusof yang telah berkongsi info ini dengan semua ahli TOT.



1). Guna 2 pasu plastik -  satu ditelungkup sebagai
platform untuk meletakkan cup tut gergasi diatasnya.  Kedua-dua 
pasu tadi dipotong bahagian tepi untuk memasukkan
ranting yang ingin ditut.


\
2.  Pasu diatas dimasukkan media untuk pertumbuhan
akar pokok baru.  Potong tut dengan menggunakan gergaji
yang tajam akar kesan luka pada tahap minima
apabila akar telah tumbuh dengan baik


3 .  Pasu tut (bahagian atas) dipotong


4.  Dua pasu pokok yang telah matang terhasil



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter