4 Ogo 2015

Getah Dari Batang & Daun Pokok Tin Boleh Mencederakan Kulit

Oleh Tuan   ~

Seperti mana dengan spesis-spesis lain dari genus Ficus, pokok tin juga akan mengeluarkan getah (cecair puteh) sama ada dari daun, batang atau buah apabila dicederakan. Tidak seperti getah dari pokok genus Ficus lain seperti mas cotek (Ficus deltoidea), getah daripada pokok tin boleh mencederakan kulit dan boleh meninggalkan kesan parut yang agak lama jika tidak dibersih dengan segera. Disini saya hendak kongsi kaedah persediaan yang boleh diamalkan semasa menggendalikan pokok tin anda.

Kesan terkena getah pada kulit


Kesan getah pada kulit tangan


Sel tempat terkena getah akan mati
dan menggelupas selepas beberap hari


Tempat terkena akan menjadi
lebam dan berwarna lebih gelap


Juga ingin diingatkan tepi daun adalah agak tajam dan boleh 
menyebabkan kulit terguris dan akan menyebabkan gatal sehingga berhari.  
Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, bulu2 yang terdapat
pada daun itu sendiri boleh menyebabkan gatal-gatal yang serius


Usaha untuk mengurangkan kulit terkena getah


Guna pakaian yang sesuai untuk
melindungi kulit tangan


Baju lengan panjang bersama dengan
sarung tangan


Pakai baju hujan


Alat pemangkasan telescopic
(panjang pemegang sehingga 3 m)


Guna peralatan pemangkasan telescopic

Catatan

Walaupun kita telah membuat persediaan yang sewajarnya, kadangkala tangan terkena juga getah semasa pengendalian pokok berkenaan.  Jika terkena segera basuh dan jangan biarkan ianya kering ditangan.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter