18 Ogo 2015

MOL (Mikro Organisma Lokal) - Cara Membuat & Menggunakannya

Oleh Tuan   ~

Sebelum ini saya telah post beberapa perkongsian dari Puan Salina Shamsuddin yang meliputi tajuk-tajuk seperti berikut.  

3.  Cara membuat EM (Effective Microorganism) - Lactobacillus Serum/Lacto Serum

Topik yang ingin saya ingin kongsi pada kali ini ialah cara membuat MOL Ikan, MOL kangkung dan MOL Pisang.


Stok MOL yang dihasilkan oleh Pn. Salina

Apakah itu MOL

MOL ialah singkatan dari perkataan Mikroorganisma Lokal. Istilah ini berasal dari Indonesia. MOL pada dasarnya ada benda yang sama dengan FAA (Fish Amino Acid), FPJ (Fermented Plant Juice), FFJ (Femented Fruit Juice). Bagi saya, menggunakan istilah MOL lebih mudah, tak mengelirukan dan senang nak tulis dan sebut. Lidah tak tergeliat.

Mol adalah baja dan penggalak tanaman yg terhasil dari peraman bahan tertentu, contohnya sayuran, buahan, bawang, ikan, kekacang bersama gula merah. Setiap bahan yg digunakan untuk membuat mol mempunyai khasiatnya yg tersendiri. Mol yang baik; bila digandingkan semasa pembajaan, lengkap unsur NPKnya. Jenis-jenis MOL dan sifatnya adalah seperti berikut:

1.  Mol ikan kaya dgn unsur Nitrogen (N); penting untuk pertumbuhan batang, cabang dan daun pokok. Mol ikan kaya dgn vitamin, mineral dan minyak semulajadi ikan. Lebih banyak zat dan khasiat dalam mol ikan berbanding minyak ikan yg kita beri pada anak anak. Tapi tolong jangan beri mol ikan pada anak anak.

2.  Mol kangkung dan bawang adalah pembekal hormon pertumbuhan pada pokok.

3. Mol pisang membekalkan unsur kalium/pottassium (K) yg penting untuk menggalakkan pembungaan dan pembuahan.


Kenapa menggunakan gula merah?

1.  Gula merah berupaya 'memerah keluar' khasiat bahan yg diperam.
2.  Gula merah juga bertindak sebagai pengawet pati bahan yg diperam, jadi pati ini tahan lama.
3.  Gula merah juga adalah makanan kepada bakteria yg terdapat dalam bahan peraman.

MOL Ikan / FAA (Fish Amino Acids)

Untuk mendapatkan nitrogen tambahan, bahan lain seperti 
tumbuhan kekacang, kacang soya, juga boleh dibuat MOL. 
Najis haiwan juga adalah tinggi kandungan N. 
MOL ikan bertindak sebagai pengurai bakteria dalam tanah. 
Amat penting semasa peringkat awal pertumbuhan 
anak pokok dan sayuran berdaun.


Resepi MOL Kangkung / FPJ (Fermented Plant Juice)

Bahan lain yg juga punyai hormon pertumbuhan
yang tinggi ialah bawang merah, rebung, pangkal pisang, 
pucuk tumbuhan sekulen, aloe vera, daun ketapang dll



Resepi MOL Pisang / FFJ (Fermented Fruit Juice)

Bahan lain yg kaya dgn unsur K termasuklah sukun, betik, 
mempelam, tomato, kentang, keledek,labu, kacang dal, 
bayam, daun kelor (remunggai), rumpai laut, 
air rendaman cocopeat dll.

Catatan:

1.  Mengikut Puan Salina, resepi yang saya berikan dibawah adalah resepi asas. Tuan puan boleh gunakan kreativiti dan imaginasi untuk menambah dan membuat sendiri mol mol yang mungkin kita tidak pernah terfikir boleh dibuat.

2.  Penggunaan baja tahi ayam/kambing/lembu/kuda melengkapkan keperluan NPK tanaman. Begitu juga penggunaan Calphos, baja tulang dsbnya.

3.  Mol boleh tahan hingga bertahun. Namun begitu jika mencapai umur lebih dari 6 bulan dan jika mol sudah berbau ammonia, tambahkan sedikit gula merah.

4.  Sukacita diingatkan penggunaan pada kadar yang terlampau pekat boleh menyebabkan kecederaan pada tamaman. Sebaiknya gunakan pada kadar kepekatan yang disyorkan


SELAMAT MENCUBA...

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter