4 Jul 2015

Teknik Untuk Menggalakkan Pembesaran Mata Tunas

Oleh Tuan   ~

Ada menjadi kebiasaan bagi pokok tin apabila pokok mula berbuah, pertumbuhan mata tanas akan terbantut kerana zat makanan yang diambil oleh pokok tertumpuk kepada pemebesaran buah.  Keadaan akan terjadi sehingga kesemua buah yang ada telah matang.  Selepas pengeluaran buah, pokok tin digalakkan mengeluarkan matas tunas baru dengan memberi baja subur yang mempunyai kandungan N yang tinggi.

Kita juga boleh menggalakkan pertumbuhan mata tunas secara fizikal dengan membuat potongan kecil (notching) lebih kurang 1.5 cm di bahagian atas mata tunas yang dicadangkan untuk diperbesarkan.  Secara teori pemotongan ini akan memutuskan aliran pergerakan bahan makanan dari akar ke bahagian atas keratan tadi.  Akan akan menyebabkan sumber makanan akan tertempu kepada pembesaran mata tunas tersebut.  Prinsip sama juga digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan mata tunas & ceding baru dengan membuat pemangkasan pucuk.


Cara membuat potongan lebih kurang 1.5 cm 
dibahagian atas mata yang ingin diperbesarkan



Mata tanas akan membesar selepas beberapa hari


Mata yang sedang membesar

SELAMAT MENCUBA...




Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter