17 Jul 2015

Tag Label Pokok Buatan Sendiri

Oleh Tuan   ~

Kita semua tahu bahawa amalan melabelkan dengan tepat adalah sangat penting bagi apa benda sekali pun memandangkan dengan label inilah kita boleh membuat rujukan kemudian hari.  Ini terutama sekali bagi varieti pokok tin kerana perbezaan antara varieti adalah amat jelas sekali.  Ada sesetengah varieti pokok yang diklaskan sebagai jenis marhaen dengan harga anak tut adalah dalam lingkungan puluhan sahaja dan sebalik jenis bangsawan (rare) adalah dalam lingkungan ratusan ringgit.

Pelbagai jenis label terdapat dipasaran pada masa ini.  Jenis-jenis ini termasuk yang dipacak ke tanah atau yang diikat pada batang tanaman.  Pada posting kali saya ingin berkongsi cara membuat label jenis lilit pada batang.  Saya ucapkan terima kasih kepada Kelulut Padang Raja dan Pn. Hamudah Ismail kerana berkongsi info untuk penulisan ini.



Peralatan - Plastik, gunting, puncher dan pen
penanda


Cara membuat : 
1) Buat tanda tempat yang ingin ditebuk 
(menggunakan puncher)
2) Tebuk dengan menggunakan puncher
3) Potong sedikit ditepi untuk dijadikan notch supaya
tidak mudah tercabut apabila dibelit


Label pada pokok 


Label yang telah siap untuk
digunakan

SELAMAT MENCUBA....




Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter