7 Jul 2015

Sistem Pengairan Otomasi Mampu Milik Untuk Pokok Tin

Oleh Tuan   ~

Disini saya ingin berkongsi satu setup pengairan mampu milik bagi tanaman pokok tin anda dan sangat sesuai untuk bagi tanaman halaman rumah.  Setup ini sangat sesuai bagi mereka yang sibuk dan juga apabila terpaksa meninggalkan tanaman untuk bercuti.  Terima kasih kepada DESA Agro Store at Putrajaya yang telah sudi berkongsi setup ini.


Penggiraan keperluan peralatan

Untuk memudahkan kerja dan mengawal kos untuk set sebegini, langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah membuat lakaran laman/kebun anda termasuk bilangan pokok dan jaraknya.  Dengan lakaran ini kita dapat mengira dengan tepat saiz dan panjang polypipe, microtube yang diperlukan.  Kapasiti pam dan saiz tangki  air juga boleh dianggarkan dengan tepat.

Peralatan untuk set pengairan otomasi

Barangan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1.  Polypipe untuk alihkan air siraman dari tangki/paip ke pokok; bila kita buat lakaran, kita akan tahu panjang polypipe yang diperlukan.
2.  Bilangan (panjang) microtube, dripper dan nipper yang diperlukan bergantung kepada bilangan pokok.
3.  Polypipe connector termasuk T-joint dan Elbow-joint; lakaran dan susun atur pokok/polypipe amat membantu.
4.  Timer, samada untuk bekalan air siraman terus dari paip utama atau dari tangki.
5.  Tangki dan pam (sekiranya air siraman dari tangki) -  Saiz bergantung kepada banyak air yang diperlukan. Tong sampah hitam pun boleh.
6.  Puncher, untuk menebuk lubang di polypipe untuk pemasangan nipper.


Susun atur pokok akan menentukan
peralatan yang diperlukan


Pam hendaklah sesuai dengan
jumlah pokok yang ada

Polypipe & Microtube / dripper


Dripper pada pokok

Timer - boleh atur jarak pengairan dan masa
bagi sestiap kali air diberi


Tangki Penyimpanan Air


Sebagai contoh kos bagi setup diatas (30-50 pokok) ialah sekitar RM200.00 sahaja.

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter