22 Jul 2015

Siri Maklumat Pokok Tin No. 4 : Semaian Keratan Batang (Stem Cuttings)

Oleh Tuan   ~

Sebelum ini saya telah menulis satu entri dalam siri Maklumat Pokok Tin #2 berkenaan tip-tip penting bagi mereka yang baru mula berminat dengan pokok tin.  Dalam entri tersebut saya telah memberi lima tip utama iaitu:

1. Pilih varieti yang sesuai
2. Cara untuk memilih jenis anak benih
3. Cara untuk mengenal anak benih yang berkualiti untuk penanaman
4. Pilihan bekas penanaman dan
5. Memilih media yang sesuai

Adalah diharapkan tip-tip tersebut bermanafaat kepada semua peminat-peminat baru pokok tin.  Dalam penulisan tersebut juga saya sarankan supaya peminat mendapatkan anak benih yang sudah stabil yang dijual dalam polybag atau pasu plastik kecil.

Padi Siri Maklumat Pokok Tin kali ini, saya ingin berkongsi info yang lebih teknikal dan memerlukan ketelitian yang lebih.  Jika ingin mengamalkan teknik yang saya akan paparkan disini, skil dan kesabaran yang tertentu adalah diperlukan.  Perkara yang saya ingin paparkan pada kali ini meliputi teknik menyemai keratan batang dalam menghasilkan anak benih tanaman.



Teknik menyemai keratan batang

Bagi saya teknik menyemai keratan batang adalah agak rumit dan memerlukan pengalaman dan skil yang tertentu.  Walau bagaimana ianya sangat teruja apabila teknik ini dapat dimantapkan sesorang.  Bagi yang mahir teknik adalah kaedah yang termurah untuk menghasilkan anak benih kerana kos keratan adalah jauh lebih murah berbanding dengan anak semaian dalam polybag atau anak tut. Proses pembelian juga lebih mudah kerana urusan penghantaran boleh dibuat melalui pos sahaja.  Bagi mereka yang telah mempunyai pokok induk yang sudah besar, teknik juga adalah cara yang termudah untuk menggandakan anak dengan menggunakan ranting hasil proses pemangkasan (pruning) yang dibuat.

Bahan-bahan asas yang diperlukan

Bahan asas yang diperlukan adalah seperti berikut:

1.  Bekas semaian keratan - bekas semaian yang terbaik ialah cawan plastik (telus cahaya)

2.  Bahan perawat pokok (plant dressings) atau lilin

3.  Media yang bersesuaian (penggunaan media adalah bergantung kepada pengalaman masing-masing).  Saya guna campuran Perlite (40%) + Cocopeat (30) + Peat Moss (30%)

4.  Bahan penggalak pertumbuhan seperti B1

5.  Racun pencegah kulat.  Apa-apa racun pun boleh.

6.  Kotak pengwapan (boleh guna bekas plastik atau polystyrene).  Saiz bekas hendaklah cukup dalam untuk menempatkan cawan & boleh ditutup rapat.

Kaedah

Langkah-langkah penyediaan semaian ranting adalah seperti berikut:

1.  Perkara yang terpenting ialah pastikan keratan yang akan digunakan hendak keratan yang cukup matang (bewarna perang dan saiz melebihi 1 cm garis puast), sihat (tiada jangkitan penyakit, perosak atau kerosakkan fizikal)

2.  Potong keratan tersebut dengan mempunyai 5-6 mata tunas (3 matas tunas untuk semaian dalam media dan dua mata tunas untuk pertumbuhan pucuk). Pemotongan hendaklah dibuat dengan scatier yang tajam agar potongan bersih (clean cut) dapat dihasilkan.

3.  Rawat bahagian atas keratan dengan bahan perawat keratan (plant dresser) atau lilin untuk mengurangkan kehilangan air dari batang dan untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit dan serangan perosak.

4.  Rawat bahagian yang keseluruhan keratan dengan racun kulat (tidak perlu jika tiada masalah dengan kulat)

5.  Rawat bahagian yang ingin disemai dengan bahan penggalak akar seperti B1 dan Akuaroot

6.  Simpan dalam dalam bekas pengwapan & letakkan ditempat teduh

7.  Pantau secara berkala takut ada jangkitan kulat.  Jika ada, guna racun kulat atau hydrogen peroxide (H2O2)

Perkongsian ahli berkenaan dengan semaian keratan

Dibawah ialah teknik-teknik yang biasa diamal oleh sifu-sifu pokok tin Malaysia. Bolehlah berlajar satu-satu.....

1.  Pembiakan Bahan Tanaman Pokok Tin - Semaian Keratan Cara Mr. Songkran Sandee

5. Cara Mudah Membuat Semaian Keratan Batang Segar Dari Pokok Induk Sendiri

6. Teknik Pengakaran Keratan Pokok Tin - Cara Tuan Malik Yusuf

7. Teknik Penyemaian Keratan Batang Bersama Saudara Azizi Ismail.......

8.  Semaian Keratan Menggunakan Media Ringan

9.  Teknik Menyemai Keratan Batang Pokok Tin

10. Pembiakan : Pertumbuhan Semaian Keratan

11. Pembiakan : Teknik Pengakaran Keratan Batang

12. Pembiakan : Semaian Keratan Batang

Terima kasih kepada semua yang telah dengan murah hati berkongsi amalan yang anda semua amalkan.  Harap ianya bermenafaat kepada semua.


SELAMAT MENCUBA...



Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter