28 Jul 2015

Siri Maklumat Pokok Tin No. 1 : Pengenalan Kepada Pokok Tin

Oleh Tuan   ~



Sebagai pengenalan kepada pokok tin, saya terlebih dahulu ingin meceritakan beberapa perkara asas yang anda harus tahu berkenaan pokok tin.  Antaranya ialah botani pokok tin itu sendiri dan ini termasuk sifat (morfologi) pokok itu sendiri, sifat dan keperluan asas untuk pertumbuhan.  Anda juga harus boleh membezakan antara pokok tin dan pokok ara dan jenis pokok tin yang terdapat dipasaran dunia pada masa ini. Pemilihan jenis yang sesuai adalah penting bagi memastikan ianya dapat menghasilkan buah seperti yang diharapkan.

Sifat pertumbuhan & morfologi pokok tin

Untuk pertumbuhan yang baik pokok tin memerlukan kawasan yang subur, mempunyai saliran yang baik dan suhu yang tinggi. Berbanding dengan negera temperate seperti Eropah, pokok yang diusahakan di Malaysia membesar sepanjang tahun dan tidak mempunyai musim dormant yang tertentu. Walau bagaimanapun pertumbuhan kurang aktif pada musim hujan kerana kekurangan pancaran matahari. Pemerhatian yang dibuat menunjukkan pada musim panas /kering, pokok tin memerlukan sedikit naugan (lebih kurang 20%). Pokok didapati lebih subur apabila diusahakan dibawah sedikit teduhan berbandingan dengan kawasan terbuka (tanpa naugan) walaupun didalam rumah pelindung hujan. Pokok fig sangat sensitif kepada air yang bertakung. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian pada pokok terutma sekali bagi pokok yang belum matang (established) sepenuhnya.  Untuk maklumat lanjut baca di pautan dibawah ini..

Sifat Pertumbuhan dan Morfologi Pokok Tin (Ficus carica)


Hasilan pokok tin - buah atau bunga

Bagi pokok tin, apa yang kita panggil buah tu ialah sebenarnya gabungan banyak buah-buah kecil yang terbentuk dari satu jambak bunga. Gabungan buah-buah kecil yang berbentuk vase ini kadangkala dipanggil syconium. Syconium primitif adalah berbentuk plat (plate) yang dipermukaan terdapat banyak bunga-bunga kecil. Menerusi proses evolusi, plat ini melengkung keatas dan membentuk seperti bola. Dengan itu, bunga-bunga ini terletak didalam bola tadi dan pada hujung bebola tersebut satu lubang kecil yang dipanggil ostiole. Serangga pendebunga akan memasuk lubang kecil ini untuk proses pendebungaan.  Untuk maklumat lanjut baca di pautan dibawah ini..

Hasilan Pokok Tin - Bunga Atau Buah?


Pokok tin dan keluarga terdekatnya

Pokok tin di percayai berasal dari barat daya Asia dan kawasan Mediterranean dan kemudian dibawa masuk kenegara lain seperti Asia dan Eropah. Pada masa ini ianya terdapat diseluruh dunia dan didapati tumbuh subur dalam keadaan cuaca yang berlainan seperti temperate, tropical dan subtropical.

Nama pokok tin adalah berasal dari Bahasa Arab. Nama-nama lain pokok tin adalah seperti berikut: Tin (Malaysia, Arab), Fig (English), Higo (Spanish), Figue (French), Feige (German), Fico (Italian), Fíkovník (Czech), Figueira (Portugese), Figuera (Catalan), Smokva (Croatia), incir (Turkey), sýko (Greek), Ichijiku (Jepun), Wúhuāguǒ (China), Madeụ̄̀x (Thailand)

Pokok tin tergolong dalam genus Ficus. Genus Ficus mempuyai lebih 850 spesies tanaman yang terdiri daripada tanaman pokok berkayu, pokok renek, pokok menjalar dan juga epiphytes. Kumpulan pokok ara ialah antara Genus Ficus yang banyak terdapat di Malaysia. Antara spesies yang popular ialah ara sungai (Ficus sp), ara telinga gajah, are mekah (F. auriculata) dan ara lempung (Ficus sp) dan ara angkasawan (Ficus sp).  Kita dapat dapat membezakan antara pokok tin dan pokok ara. Untuk maklumat lanjut baca di pautan dibawah ini..


Jenis-jenis pokok tin

Pokok tin pada umumnya boleh dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan sifat-sifat perdebungaannya. Kumpulan tersebut adalah seperti berikut:

1. Persistent (atau common) figs - semua bunga adalah jenis betina dan tidak memerlukan pendebungaan untuk menghasilkan buah.

2. Caducous (atau Smyrna) figs - bunga daripada kumpulan ini memerlukan pendebungaan oleh fig wasp bagi memastikan buahnya membesar dan menghasilkan buah matang. 

3. Intermediate (or San Pedro) figs - buah terbentuk pada pengeluaran pertama (breba crop) sahaja. 

4.  Caprifigs - Kumpulan ini menghasilkan buah yang kecil dan tidak boleh dimakan. Caprifigs hanya mengeluarkan bunga jantan dan tidak menghasilkan buah.

Untuk maklumat lanjut baca di pautan dibawah ini..


1 ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter