14 Jul 2015

Penyembur Tangan (hand sprayer) Pelabagai Guna

Oleh Tuan   ~

Hari ini saya ingin berkongsi satu inovasi dari DESA Agro Store at Putrajaya dan bagi saya ianya amat berguna bagi pemilik taman kecil dikawasan rumah kediaman.  Inovasi ini saya bagi namakan Penyembur Tangan (hand sprayer) Pelbagai Guna.  


Kebaikan penyembur ini

1.  Pelbagai guna - satu pam penyembur boleh digunakan untuk cecair semburan yang berbeza.  Yang perlu ditukar hanya tangki (botol air mineral) itu sahaja. Sebenarnya, saiz kepala alat semburan tangan itu sama sahaja dengan kepala botol minuman mineral bersaiz 500 ml dan 1.5 liter.
2.  Menjimatkan masa kerana kerana pekebun tidak perlu membuat bancuhan baru setiap kali digunakan.  Campuran yang lebih digunakan boleh disimpan unuk kegunaan kemudian hari.
3.  Kos yang murah kerana bahan kitar semula telah digunakan.
4.  Boleh disesuaikan dengan keperluan bancuhan.  Botol yang kecil (500 ml) bagi semburan sedikit (racun perosak / penyakit) & jarang digunakan atau botol yang besar (1.5 liter) bagi semburan yang banyak seperti semburan baja foliar dan booster tanaman.


Perlatan yang diperlukan (penyembur, 
tiub akuarium & botol air mineral)


Ukur panjang tiub yang diperlukan


Pasang tiub pada pam penyembur


Penyembur botol mineral yang
sedia untuk digunakan


Menyembur dengan menggunakan
penyembur botol mineral


Bahan yang diperlukan dan cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:

Peralatan

1) Kepala alat semburan tangan
2) Botol mineral 1.5 liter, 
3) Saluran tiub pam akuarium

Cara membuat

1) Ukur saluran plastik akuarium hingga ke dasar botol mineral
2) Tukar saluran plastik di kepala alat semburan tangan
3) Botol semburan sudah sedia digunakan di kebun

Anda boleh sediakan pelbagai botol mineral dengan hanya satu kepala semburan. Selain daripada menjimatkan, penggunaan penyembur ini akan menjimatkan masa.  Apa yang penting ialah sediakan larutan yang diperlukan seperti larutan baja subur, bja buah, pengawal perosak organik (seperti minyak neem atau larutan Mudah dan menjimatkan

Penghargaan

Ribuan terima kasih kepada DESA Agro Store at Putrajaya dan Kamal Abdul Aziz yang sudi berkongsi info ini.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter