19 Jul 2015

Pengeluaran Pokok Tin - Buah Breba Atau Buah Musim Utama

Oleh Tuan   ~

Sebagai peminat pokok tin, anda tentu biasa terdengar perkataan seperti buah breba (breba crops) atau buah utama (main crops).  Walaupun pada umumnya buah breba tidak wujud dinegara beriklim tropika seperti Malaysia, kita seharusnya tahu apakah yang dimaksud dengan buah brebar. Pada posting kali saya cuba menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan buah breba, mengapa buah breba terhasil dan apakah sifat utama buah breba berbanding dengan buah dari musim utama (main crops).


Buah breba (yang besar) terbentuk dibawah tangkai daun 
pada dahan pertumbuhan tahun sebelumnya. Buah-buah 
dibahagian atas ialah buah dari musim utama

Apa itu tanaman breba?

Istilah buah breba ialah khusus bagi pengeluaran buah fig dinegara-negara yang mempunyai 4 musim. Mengikut Wiki breba (atau breva dalam Bahasa Sepanyol) ialah buah yang terhasil daripada di musim bunga pada dahan pertumbuhan musim sebelumnya.  Buah terbentuk pada dahan yang sudah matang.  Ini bermakna dalam masa satu tahun, dahan yang sama telah berbuah sebanyak dua kalil Sebaliknya buah musim utama (main crop) ialah buah yang terhasil daripada pertumbuhan tahun semasa.

Sifat utama buah breba

Pada kebiasaanya buah breba adalah kurang berkualiti berbanding dengan buah musim utama.  Buah tidak berupaya menghasilkan aroma dan citarasa yang terbaik seperti buah daripada musim utama.  Kebanyakkan petani komersial memusnahkan buah breba ini sebelum ianya matang bagi menggalakkan pengeluaran dan pembesaran buah musim utama.  Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada varieti.  Varieti-varieti Black Mission, Croisic dan Ventura dilaporkan berupaya mengeluarkan bahan yang agak berkualiti.

Bagaimana boleh pastikan ianya buah breba?

Cara mudah untuk memastikan sama ada ianya buah breba atau tidak ialah dengan menyemak dimana buah itu terbentuk, sama ada dibahagian atas atau bahagian atas atau bahagian bawah tangkai daun. Buah utama terbentuk dibahagian atas tangkai daun dan sebaliknya buah breba terbentuk pada bahagian bawah tangkai daun (Rujuk gambar diatas).



Adakah buah breba terbentuk dinegara tropikal seperti Malaysia?

Pada pandangan saya tiada buah breba terbentuk bagi negara-negara kita Malaysia kerana pertumbuhan pokok adalah sepanjang tahun walau pun ada yang berkongsi gambar buah yang terbentuk pada dahan yang sudah matang.  Apa yang mungkin terjadi pada dua gambar diatas ialah penghasilan buah pada ketiak daun yang belum terkeluar buahnya sebelum ini.  Buah breba sepatutnya terbentuk dibahagian bawah bekas tangkai daun.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter