3 Jul 2015

Pembiakan Bahan Tanaman Pokok Tin - Semaian Keratan

Oleh Tuan   ~

Teknik pembiakan bahan tanaman selalu sahaja menjadi topik perbincangan dalam mana-mana grup FB pokok tin.  Ini kerana semua peminat pokok tin mesti memahirkan diri dengan teknik pembiakan ini agar tanaman yang sedia ada boleh dibiak sama ada untuk jualan atau untuk menambah jumlah tanaman yang ada.   Sehubungan dengan itu, sebelum ini saya sudah banyak post teknik-teknik yang diamalkan oleh sifu di Grp FB Tin Oh Tin ini berkenaan teknik pembiakan pokok sama ada dari keratan ranting ataupun tut.

Pada posting saya ingin berkongsi satu lagi teknik yang diamalkan oleh seorang ahli Grup Tin Oh Tin dari Pattani, Thaliand. Saya ucapkan terima kasih kepada Tn. Es BNiksyid Abu.


1.  Potong bersih keratan yang ingin disemai
(panjang keratan dalam 7-8 cm & mempunyai
lebih kurang 4 atau 5 mata tunas).  Bahagian atas 
keratan hendaklah disapu plant dressing / lilin 
untuk mengelakkan batang cepat kering


2.  Buat torehan membujur dalam 4-5 tempat
dikeliling pangkal keratan tadi. Panjang torehan
dalam 3-4 cm.  Akar terbentuk ditempat
torehan ini.


3.  Buat campuran penggalak akar
(Vitamin B1 dan Root Grow - Gambar dibawah)

4.  Rendam bahagian yang telah ditoreh
dalam 4-5 minit
(sebaiknya rendam keratan dahulu dalam larutan
racun kulat selama 4-5 jam)


5.  Buat lubang pada media dalam polybag sederhana besar
(Media ialah sekam bakar/hitam atau tanah 
campur dengan sabut kelapa)


6.  Tanam sedalam 5-6 cm


7.  Siram dengan penyiram 




8.  Bungkus dalam plastik terus cahaya (atas) atau 
disungkup dengan cup (jika guna cup untuk buat semaian)
Letakkan ditempat teduh



9. Mula keluar pucuk selepas 1-2 minggu



Vitamin B1

Root-Gro

Bahan Penggalak Akar Yang Digunakan
(boleh juga guna Aukaroot atau bahan
penggalak akar
lain)

SELAMAT MENCUBA...



1 ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter