24 Jul 2015

Pembiakan Bahan Tanaman Pokok Tin - Tut Terbuka

Oleh Tuan   ~

Pada kali ini saya ingin berkongsi satu lagi kaedah membuat tut. Tut ini dikongsi oleh DESA Agro Store at Putrajaya dan diberi nama "Tut Terbuka". Ianya dipanggil tut terbuka kerana bekas bekas plastik media adalah tidak tertutup. Kebaikan tut ini ialah siraman air baja boleh diberi pada media tut jika perlu.



Guna cup plastik tinggi
(telus cahaya untuk memudahkan pemantauan
pertumbuhan akar)


Polybag juga boleh digunakan
(bergantung kepada kesesuaian ranting)


Boleh guna bekas media pelbagai saiz
(bergantung kepada kesesuain ranting)


Bebola akar yang dibuang bekas
untuk ditanam


Siap ditanam ke dalam
bekas kekal


Ini apa yang diceritakan oleh DESA Agro Store at Putrajaya

Melalui pengamatan beberapa bulan ini dalam penanaman pokok tin dan juga perkongsian ilmu oleh otai2 figgers, saya dapati pokok tin adalah salah satu pokok yang mudah dibiakkan melalui kaedah tut, samada tut tertutup (bungkusan tut plastik) ataupun tut terbuka (bekas plastik terbuka).

Di sini saya ingin kongsi teknik tut terbuka untuk pokok tin. Caranya:

1) Sediakan medium semaian yang bersesuaian; saya hanya menggunakan campuran tanah campur (6 in 1) dan tanah bakar merah.

2) Sediakan bekas semaian yang bersesuaian (saya menggunakan bekas minuman/bekas kuih/polibeg kecil; penggunaan bekas transparent memudahkan melihat pengakaran). Tebuk beberapa lubang untuk pengairan keluar air siraman yang berlebihan.

3) Semaikan bekas + medium tanaman pada dahan yang dipilih; sebaik-baiknya dahan yang matang atau sederhana matang. Tidak perlu kelar dahan pokok tin kerana ianya mudah berakar.

4) Buat siraman setiap 3 atau 4 hari sekali agar semaian adalah sedikit lembap untuk mudahkan pengakaran (jangan basah kerana batang pokok tin mudah mereput dan berkulat jika berlebihan air). Air siraman yang saya gunakan ialah campuran air tanpa klorin + oligochitosan + cecair B1.

5) Semak kembali setelah 2 atau 3 minggu; saya biarkan semaian sehingga 1 hingga 1+ bulan agar akar lebih matang sebelum "re-pot".


Selamat mencuba!


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter