11 Jul 2015

Pembiakan Bahan Tanaman - Pembiakan Makro Menggunakan Pucuk Muda

Oleh Tuan   ~

Teknik pembiakan bahan tanaman pada umumnya terbahagi kepada dua kumpulan ialah pembiakan mikro dan pembiakan makro.  Pembiakan mikro dirujuk kepada penggunaan tisu / callus sebagai sebagai sumber bahan untuk dibiak.  Pada umumnya teknik ini lebih dengan teknik kultur tisu.  Sebaliknya pembiakan makro bahagian tanaman sebagai sumber untuk dibiak.

Pembiakan makro pula terbahagi kepada dua iaitu pembiakan keratan ranting keras (hard wood cutting) dan pembiakan ranting lembut (soft wood cuttings). Kebanyakkan teknik yang dikongsi oleh pengusaha pokok tin sebelum ini ialah pembiakan dengan menggunakan ranting keras. Pada kali ini saya ingin berkongsi satu teknik pembiakan ranting lembut yang telah dicuba oleh Tn. Azlan Abdullah.  Teknik ini menggunakan pucuk muda. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Azlan Abdullah


1. Sediakan jug air, sebaik-baiknya yang 
besar. (dalam 4.5 liter isipadu)


2. Tebuk beberapa lubang di sekeliling jug 
berkenaan, kira-kira 1 inci dari bawah.


3. Masukkan media ke dalam jug.  Dalam percubaan 
ini, volcanic soil digunakan sebagai media. 
Sebaiknya guna media yang bukan organik.


4. Siram media itu dengan air tanpa klorin sehingga
keseluruhan media itubasah dan air keluar dari 
lubang-lubang yang telah ditebuk tadi.  Biarkan 
baki air sehingga paras lubang yang ditebuk.


5. Sunatkan pucuk tin yang telah dipilih lebih awal. 
Seeloknya panjangkan sedikit supaya senang untuk 
ditanam ke dalam media. Kemudian terus tanam.


6. Buka sedikit lubang penutup 
jug untuk tujuan pengudaraan.


7. Letakkan jug itu di tempat yang tidak kena cahaya 
matahari secara langsung. Bilik mandi mungkin 
pilihan yang baik. Biarkan di situ selama 2-3 
minggu supaya akar bercambah dengan baik.


8. Keluarkan benih berkenaan dari jug dan pindahkan 
ke dalam pasu kecil atau polybag yang telah diisi 
media baru.  Dalam perubaan ini media Green Mary
 6-in-1 digunakan.  Siram dengan air tanpa klorin. 


9.  Terus letakkan di dalam bilik mandi atau tempat 
yang tidak kena cahaya matahari secara langsung. 
Bila perlu siram air guna sprayer supaya air tidak 
berlebihan dan akar tidak terendam.


9. Pantau tumbesaran benih berkenaan. 
Jika pucuk baru keluar satu persatu 
dan membesar, itu petanda yang baik.


10.  Petanda baik apabila pucuk baru 
terus membesar

11.  Berumur 17 hari didalam pasu


Rujukan

Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter