21 Jul 2015

Pembiakan Bahan Tanaman - Cantuman Mata Tunas Cara Prawput Pat Pawkrasin

Oleh Tuan   ~

Sebelum ini saya telah kongsi satu kaedah cantuman mata tunas yang dikongsi oleh Sdr. Es BNiksyid Abu. Pada kali ini saya ingin berkongsi satu lagi teknik cantuman mata tunas. Pada asas kaedahnya adalah sama kecuali teknik pengambilan mata tunas dan penyediaan pokok penanti. Teknik ini telah dikongsi oleh Sdr. Prawput Pat Pawkrasin


1) Buang kulit pada pada pokok penanti



2) Potong bertopi pada bahagian atas



3) Guna ukuran saiz kulit pokok penanti
untuk saiz mata tunas yang akan diambil


4). Dapatkan mata tunas daripada pokok
yang diperlukan


5). Ukur saiz mata tunas yang perlu diambil
berbanding dengan pokok penanti


6). Selitkan mata tunas dibawah kulit
pokok penanti yang dipotong bertopi


7).  Potong buang jika saiz adalah
lebih besar


8). Balut dengan kemas menggunakan
budding tape


9). Cantuman yang telah siap


10).  Mata tunas baru telah tumbuh pada
pokok penanti


Catatan

Keterangan gambar adalah berdasarkan kepada kefahaman saya.  Ianya mungkin tidak sama dengan keterangan asal dalam bahasa Thailand yang ada pada setiap gambar.  Kalau ada yang boleh terjemahkan, mohon bantu.


SELAMAT MENCUBA....


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter