11 Jul 2015

Pembiakan Bahan Tanaman - Cantuman Mata Tunas

Oleh Tuan   ~

Grup FB Tin Oh Tin bertuah kerana mempunyai seoarang ahli dari negara jiran Thailand yang sudi berkongsi maklumat yang berkaitan dengan pembiakan bahan tanaman bersama ahli digrup Tin Oh Tin ini.  Sebelum ini beliau telah berkongsi berkenaan dengan teknik membiak pokok tin dengan menggunakan keratan ranting.  Pada kali ini beliau telah berkongsi pula teknik membuat cantuman mata tunas. Teknik ini amat berguna bagi mereka yang ingin membuat cantuman mata tunas varieti terpilih kepada pokok penanti anak biji atau dengan pokok ara yang banyak terdapat dinegara kita. Terima saya ucapkan kepada Tn. Es BNiksyid Abu


1.  Pilihan mata tunas yang subur


2.  Buat kelaran disekeliling mata tunas 
yang ingin diambil


3.  Buah kulit pada pokok penanti
(saiz hendaklah sama kepingan mata tunas)


4.  Lap getah yang terkeluar dengan tisu
bersih

5.  Cungkil mata tanas dengan cermat 
(sebaiknya bahagian bawah tidak disentu)


6.  Pastikan kepingan kulit tidak rosak


7.  Mata tunas yang telah berjaya
di ambil (pastikan mata tunas bahagian
dalam tidak tercemar / sentuh dengan tangan)


8. Letak pada ruang pokok penanti yang
kulitnya telah dibuang (saiz hendaklah sama
besar)


9. Balut dengan plastik pembalut mata tunas
dengan kemas / padat 


 10.  Hanya tinggalkan mata 
tidak dibalut


11.  Buka plastik apabila mata tunas telah
tumbuh dengan sempurna


12.  Mata yang telah besar


13.  Pokok ara cedung yang telah cantum dengan
mata tunas pokok tin biasa

Catatan

1.  Keterangan gambar adalah berdasarkan kepada kefahaman saya  dan perbincangan dalam grup FB Tin Oh Tin.  Ianya mungkin tidak sama dengan keterangan asal dalam bahasa Thailand yang ada pada setiap gambar.  Kalau ada yang boleh terjemahkan, mohon bantu.

2. Pokok penanti yang digunakan disini ialah ara cedung (Ficus racemosa L)

Sumber rujukan



SELAMAT MENCUBA....


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter