2 Jul 2015

Kutu Daun (Aphids) Pada Pokok Tin - Kerosakkan & Cara Kawalan

Oleh Tuan   ~

Selepas beberapa minggu keadaan cuaca yang lembab dan selalu hujan, keadaan cuaca di Kelantan semakin baik.  Matahari sudah mula memancar dengan terik sepanjang hari.  Pokok-pokok tin pun mula mengeluarkan banyak keluar pucuk-pucuk baru. Kebanyakkannya tumbuh segar menghijau.  

Dalam banyak-banyak pokok itu, ada satu pokok yang nampak macam pembesaran pucuk muda menghadapi masalah. Dari jauh saya dapati pucuk bergulung ke dalam (berkeriput) dan tidak membesar dengan seperti pucuk muda pokok lain.  Apabila dibuat pemerhatian dengan betul (terutama sekali dipermukaan bawah daun, sah pucuk tersebut dijangkiti oleh sejenis serangga kerana dengan mata kasar ianya nampak bergerak-gerak.  Jelas ianya sejenis kutu daun (aphids) apabila pemerhatian teliti dibuat dengan kanta pembesar.


Banyak terdapat pada bahagian
bawah daun


Daun berkeriput akibat
serangan perosak ini


Apakah itu kutu daun

Kutu daun atau juga dikenali dengan aphid ialah sejenis perosak tanaman yang hidup dengan menghisap sap daripada tanaman.  Perosak ini biasa menyerang tanaman yang berdaun lembut seperti tanaman dari keluarga Solanacea dan Cucurbitaceae.  Serangga ini membiak dengan begitu cepat kerana kerana ianya membiak dengan kaedah parthogenesis, iaitu dengan pengkolonan bena betina.

Simptom serangan

Serangan bena puteh banyak terdapat pada pucuk atau muda kerana ianya lebih lembut dan segar.  Daun pucuk yang diserang serangga ini biasa akan berkeriput dan pertumbuhan akan terbantut.   Serangga ini banyak berselindung dibahagian bawah daun mungkin lebih sejuk dan redup.  Jika tidak dikawal pucuk muda akan kekeringan dan layu.



Bena betina dan anaknya
yang baru dilahir hasil dari proses
parthogenesis

Kaedah kawalan

Serangga ini agak mudah dikawal sama ada menggunakan racun oragnik seperti larutan cili api & bawang atau minyak neem.  Racun kimia jenis sentuk seperti malathion boleh juga digunakan.


Tiada ulasan:
Write comments

Ingin membeli anak pokok tin berkualiti? klik > http://abecik.fig
Join Our Newsletter